Sunday 30 October 2011

IMPIANKU

Bismillahhirrahmanirraahim...

Selawat serta salam ke atas junjungan besar penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w, nabi yang mulia, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda kesemuanya...

Dengan izinnya, bertemu lagi kita untuk entry yang seterusnya...emmmmm...banyak betul entry untuk hari ini...Dah masuk yang ke-3 pun...Alhamdulillah...Tidak penat ke tuan punya badan ni..baru je pagi tadi sampai di atas muka bumi murabi selepas bercuti sempena Deepavali...Gaya bercuti macam dia pulak yang nak sambut perayaan 2 kan...hehehhehee..eh...dah2,lain nak cite lain pulak yang ditulis...

Entry ini sebenarnya khas untuk perancangan masa hadapan diri ini..Kita sebagai hamba Allah yang kerdil ini mestilah mempunyai perancangan untuk masa hadapan..Sama ada hasrat tersebut tercapai atau tidak,terserah kepada takdir...tapi...jagan berserah begitu sahaja...kita mestilah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita rancang untuk masa depan..

2010-2014 : Meneruskan pengajianku di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Ijazah Sarjana      Muda Pendidikan Kimia...Semoga memperoleh ijazah kelas pertama..Apa yang penting ialah niat menuntut ilmu kerana Allah sebab belajar itu pun satu ibadah..


2014-2015: Menyambung pengajianku di peringkat Ijazah Sarjana juga dalam bidang yang berkaitan Kimia...Suke betuk subjek kimia budak ni kan...hehehhee....Eh,xnak kerja dulu ke Cik Mardiah??huhuhuuu...InsyaAllah jika diberi kesempatan, mahu sambung belajar dulu sebelum kerja...Semoga mendapat restu daripada mak, abah dan keluarga..Kalau dah mendirikan masjid,kena mintak izin dengan zaujku dahulu...huhuhuhuu..

2016 - 20** : Bekerja sebagai pendidik tidak kira la sama ada sebagai cikgu di sekolah ataupun pensyarah..apa yang penting tujuannya ialah untuk mendidik anak bangsa dari hanyut dalam arus kemodenan dunia dan sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama..Dan InsyaAllah, jika diizinkan Allah teringin nak sambung belajar lagi di peringkat Doktor Falsafah..Dulu-dulu kan cita-cita nak jadi doktor gigi, tidak dapat jadi doktor gigi tapi ada DR. depan nama pun dah bersyukur sangat...


Semoga apa yang dihajati tercapai hendaknya...Usaha dan teruskanlah berusaha serta tidak lalai dalam menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya..Doa daripada sahabat semua juga sentiasa diharapkan oleh diri ini.


sahabat-sahabat yang disayangi ( at13 pendidikan kimia )

Wassalam..Jazakallah qhaira qhasira



TENTANG DIA

Bismillahirrahmanirrahim.....


Assalamualaikum sahabat semua...Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis entry ini..
TENTANG DIA...siapakah dia yang dimaksudkan???Adakah DIA itu merupakan insan yang akan menjadi imamku suatu hari nanti??huhuhuhuuuu...mesti semua orang nak tahu kan???Jeng3x....sebenarnya DIA yang dimaksudkan ialah...Sila lihat bawah

Nama               : Aina Mardiah Binti Basri

Tarikh lahir       : 25 Ogos 1991

Tempat lahir     : Jerantut, Pahang

Hobi                : Membaca buku yang memberi inspirasi

Cita                  : Doktor gigi (dulu-dulu), pendidik (guru)

Adik-beradik   :  4 orang 

Pendidikan        :

  i) Sekolah rendah       : Sekolah Rendah Sungai Tekam Utara

  ii) Sekolah menengah :  Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian
                                      Tun Razak ( aliran sains )

 iii) Kolej                     :  Kolej Matrikulasi Melaka (sains hayat )

 iv) Universiti               :  Universiti Pendidikan Sultan Idris  (pendidikan kimia )


Program          : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia (AT13)

Email              : ena_9125@yahoo.com

Inilah DIA yang dimaksudkan...kuang9...rupa-rupanya tuan punya blog...ishk3...wat suspens je..maaf la ea sahabat semua...petang-petang ni kita kena la santai-santai...lagi-lagi tengah hujan ni..nak tau yang mana 1 tuan punya blog??


Mesti sahabat semua tertanya-tanya,perlu ke nyatakan tentang semua ni??Baiklah..ini adalah jawapannya : perlu kerana ini adalah antara kriteria-kriteria yang perlu ada dalam blog bagi subjek 'Information and Communication Technology In Chemistry'

Wassaalam...


CONTENGAN PERTAMAKU


Bismillahhirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda serta para sahabat..

Assalamualaikum w.b t...Alhamdulillah...syukur kepada Ilahi kerana masih diberikan waktu untuk diri yang kerdil ini bernafas di muka bumi-Nya yang sungguh luas ini..

Apa khabar semua???semoga semua dalam keadaan sihat dan di bawah peliharaan-Nya..mesti semua tertanya-tanya siapakah gerangan tuan punya blog ini??hehehehhee...nama diberi oleh abah dan mak tersayang ialah Aina Mardiah yang memberi erti mata yang diredhai...anak ke-4 dalam keluarga..sekarang ini belajar di Universiti Pendidikan Sultan idris dalam kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia..Jadi, mestilah akan jadi pendidik suatu hari nanti...insyaAllah,doakan ea sahabat semua..

Emmmmmmm...sem ni Cik Mardiah ambil satu subjek yang diberi nama "Information and Communication Technology in Chemistry"...Dalam subjek ini,kami dikehendaki mewujudkan satu blog di mana blog ini akan digunakan semasa di sekolah nanti sebagai bahan rujukan pelajar-pelajar...Selain itu, boleh la Cik Mardiah berkongsi serba sedikit ilmu dengan sahabat semua..Diharap sahabat semua dapat la memberi tunjuk ajar, teguran atau apa sahaja yang dirasakan perlu sebab, ini merupakan kali pertama Cik Mardiah membuat blog...Ok la,setakat ini sahaja contengan pertamaku...

Wassalam...