Monday 26 December 2011

SEDIHKAH AKU??

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..Masih lagi diberi peluang untuk update entry ari ni, Alhamdulillah...Diharap sahabat-sabahat semua sentiasa bahagia dibawah kasih sayang Allah...Sedihkah aku ari ini??Kenapa perlu sedih??


Cik mardiah : " Mak, rasa macam xnak balik la ari ni (dengan muka sedih) "
Mak : "Emmmm, kalau dah balik umah, mesti xnak balik dah...dari asrama ayat yang sama je keluar ea?"
Cik mardiah : "Alaaaaaaaaaa :( "
Mak : "Kalau macam nie...jangan balik dah..kalu empat tahun study, lepas empat tahun baru balik .."
Cik Mardiah :  Huwaaaaaa, sedihnya (dalam hati )

Mak ni cakap je macam 2..Tapi bila cal,tanya macam ni "Dik, bila nak balik?"
*disebabkan anak bongsu,so,panggil adik la..hehehhe 
Bila cal along : "Dik, bila nak datang sini..Boleh tolong masak...
*Along pun sama je, tanya bila nak balik...

Nampak sangat, selalu balik budak sorang ni kan...huhuhuhuhuuu....

Ari khamis baru ni, lepas abis kelas bahasa arab, terus g ktm untuk balik umah...dah ciap cal along pesan suh amek kat stesen ktm bangi...Sampai je stesen ktm, semangat pergi beli tiket tau, tiba2 ada announce  
"Keretapi pada jam 12.50 dibatalkan. maaf atas kesulitan "

Huwaaaaaa, lambat la sampai umah macam ni...So, terpaksa la daki tangga semula untuk ke surau..Komuter seterusnya 1 jam lagi baru sampai...Better g solat dulu, nanti baru hati senang n x terfikir dah kan...

Bila keretapi pukul 1.50 sampai, terus je naik ladies coach...n Along cal cakap xsempat nak amek coz nak ke  Low Yat katanya...betul ke ejaan nama tempat 2??hehehehhe...abaikan je la...Jadi, cal la mak...Suruh mak amek dekat stesen erl putrajaya la jwabnya...Dah ke turun kat Bandar Tasik Selantan..Beli tiket turun kat Bangi..Alamk, dah membazir duit...xpe la Cik MArdiah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan...kan3??

Bila dah sampai putrajaya, terus balik umah...Waaaaaaaaa, hepynya...semua orang ada..Dapat jumpa mak, abah, along, angah, kakde, abg2 iparku dan anak2 sedaraku yang cute mute 2...Bila dah balik umah, macam- macam la benda yang dibuatnya...Main ngan ank sedara la, tengok tv la, shopping la, n banyak lagi la...Tapi, yang sedihnya, bila balik umah rasa macam lalai n leka sangat...Astagfirullah.....Mardiah2...Sedih bila mengenangkannya...



PAgi tadi, bangun pagi, dah terasa sedihnya...XNAK BALIK...tapi,minggu ni study week..kena la study untuk final...Aty ku berkata, jangan sedih Mardiah...ini kan satu pengorbanan...lepas abis final nanti, kan boleh balik semula...Atyku memujuk...Tapi rasa sedih 2 anak ilang jugak la...Bila, dah salam mak, abah, angah, kakde n along (yang ni salam malam tadi coz along balik umahnya di bangi) n bertukar-tukar ciuman serta pesanan, naik la kete..Kali ni Abang De yang antar ke stesen ERL...Dalam tren pun terasa sedihnya...HUwaaaaaaaaaa...Goodbye Putrayajaya, nanti aku kembali...Chewahhhhh, padahal selalu je jejak kaki kat situ...Terlebih feeling la Cik MArdiah ni....

Bila dan sampai bumi murabbi ni,alhamdulillah, dah rasa ok...Bila sampai je terus cal mak n abah cakap dah sampai...Then, wat la seperti yang dirancang...Malam ni pulak dah start study...Study smart tau Mardiah...n teruskan tanggungjawabmu sebagai hamba Allah, umat nabi Muhammad s.a.w, anak, adik, sahabat, pelajar, serta saudara sesama makhluk yang lain..


Kepada sahabat-sahabatku yang tengah akan menghadapi final, selamat maju jaya...Study elok2 ea semua...Jangan lupa banyakkan amalan sunat disamping amalan wajib...Doa banyak2, semoga Allah permudahkan urusan kita...Cik Mardiah juga menyusun 10 jari memohon maaf zahir dan batin...Cik Mardiah pulak dah maafkan sesiapa je yang ada wat salah or apa sahaja...Halalkan juga apa jua ea sahabat-sahabat semua...

Wassalam..

Wednesday 21 December 2011

EPILOG SEORANG TEMAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat semua...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di bumi yang luas terbentang ini..Untuk entry kali ini, Cik Mardiah cuma ingin berkongsi sebuah lagu bersama sahabat semua...Lagu ini khas untuk sahabat yang mengenali diri ini..Diri kalian semua sentiasa di dalam doaku walau di mana sahaja kalian berada di muka bumi Allah ini...
Hayatilah...

Epilog Seorang Teman ( Amar)

Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku



" Ya Allah, sahabatku ini bungaku..Tanpanya tiada seri dunia..Sahabat ini maduku..Penawar banyak perkara..Sahabat ini guruku..Mendidik dengan penuh mesra..Ku sayangi sahabat ini kerana dia membawaku kepada cintaMU..Jangan Engkau biar dia sendirian di dunia, di alam barzakh bahkan di akhirat..Kau dampingilah dia selalu, Kau jagalah dia moga dalam hidayah-Mu, amat kusayangi dia keranaMu..Amin.."

Tuesday 13 December 2011

CARTA FILA??APAKAH ITU???

Bismillahhirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t. sahabat semua...

Semoga semuanya berada di bawah penjagaan Allah disamping sihat fizikalnya...Dah lama rasanya tidak update blog ini..Kekangan masa terutama minggu-minggu akhir watkan blog ini sunyi sepi je kan??Maklumlah, banyak kerja kursus yang perlu dihantar, ditambah pula dengan ujian-ujian subjek major kimia..Kena la ulangkaji kan???Kalau tidak.......sapa nak sambung ayat ini angkat tangan macam saya..hehehehhehee...Eh, melencong ke mana la wahai Cik Mardiah??Tengok semula tajuk 'entry' ni dan kembalilah ke jalan yang benar...huhuhuhuhu...


Baiklah..apa itu carta fila??F.I.L.A chart bermaksud F-Facts (fakta), I-Ideas, L- Learning Outcomes ( Hasil Pembelajaran ), A-Action (tindakan). Fila chart ini digunakan untuk menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan situasi.Agak susah jugak nak terangkan apa itu carta fila..Tapi tahu la pulak nak buat macam mana kan???Kalau macam itu, apa kata sahabat-sahabat tenagok contoh carta fila yang Cik Mardiah dah rakan kumpulannya siapkan untuk kerja kursus yang pertama bagi subjek "Information and Communication Technology In Chemistry"..Untuk buat carta fila, kita hendaklah mempunyai soaln dan soalan di bawah ini diberikan oleh pensyarah Cik Mardiah yang disayangi iaitu Puan Asmayati..Jadi, sila lah lihat di bawah untuk memgetahui tentang carta fila..


Problem Scenario 1:

Rosa, a new teacher was chose to attend a workshop on Learning & Teaching organise by the district education department. In the workshop she was exposed to many things such as learning theories, teaching methods, classroom management and assessment process. At the end of the workshop each participant needs to deliver a talk according to particular topic given randomly to them. The topic given to Rosa was Smart School.
As a curriculum officer how would you help Rosa?

Carta FILA

Fakta
Idea & Isu
Hasil Pembelajaran
Tindakan

Ø  Rosa ialah seorang guru baru.

Ø  Rosa menghadiri bengkel tentang cara belajar dan mengajar anjuran Pejabat Pelajaran Daerah.

Ø  Dia didedahkan dengan teori pembelajaran, teknik mengajar, pengurusan kelas dan proses penaksiran.

Ø  Dia dikehendaki menyampaikan ucapan tentang Sekolah Bestari.

Ø  Rosa tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru.

Ø  Tidak biasa dengan situasi dan persekitaran baru di sekolah.

Ø  Dia belum mengenali keadaan dan kelakuan para pelajar.

Ø  Tidak tahu cara untuk menarik perhatian pelajar supaya pelajar memberi perhatian di dalam kelas.

Ø  Kurang pengetahuan tentang teknik pengurusan kelas yang baik.




Ø  Jarang berdepan dengan situasi di dalam kelas yang sebenar.

Ø  Kurang jelas dengan objektif, visi dan misi pelaksanaan Sekolah Bestari.

Ø  Apa itu Sekolah Bestari?

Ø  Apakah misi dan visi Sekolah Bestari?

Ø  Apakah konsep dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah kriteria atau kelayakan para pelajar untuk memasuki Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah sesebuah sekolah itu boleh dijadikan sebagai Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari dijalankan?

Ø  Siapakah yang memainkan peranan dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang lain?


Ø  Apakah kebaikan dan keburukan Sekolah Bestari?

Ø  Apakan aspek penting dalam menangani pelaksanaan Sekolah Bestari?


Ø  Mempelajari teori pembelajaran ,  cara pengurusan kelas dan proses penaksiran dengan betul.

Ø  Mencari apa itu sekolah bestari, objektif, visi dan misi melalui buku, internet dan bahan rujukan lain.

Ø  Melayari internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sekolah Bestari.

Ø  Pergi ke Sekolah Bestari untuk melihat persekitaran sebenar dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di Sekolah Bestari.

Ø  Cuba untuk mengenali para pelajar Sekolah Bestari.


Ø  Mengkaji perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang sedia ada seperti proses pengajaran dan pembelajaran.


Ø  Mengetahui cabaran yang akan dihadapi dalam pelaksanaan Sekolah Bestari seperti cabaran kepada pengetua, para guru dan pelajar

Haaaaaa...Sudah mengetahui apa dan bagaimana carta fila itu disiapkan oleh ahli kumpulan Cik Mardiah???hehehehehe....Kepada siapa-siapa yang kurang faham, bolehlah bertanya atau jumpa terus dengan Cik Mardiah..Insya Allah,boleh la Cik Mardiah terang dengan lebih jelas lagi tentang carta fila...

Rasanya sampai sini sahaja 'entry' untuk kali ini...Insya Allah, jika diizinkan kita berjumpa lagi dalam 'entry' yang seterusnya..

Wassalam...