Tuesday 31 July 2012

PERNIKAHAN

Bismillahhirrahmanirrahim

Pernikahan
Satu ikatan yang suci
Ikatan yang menyatukan dua hati
Dua hati yang saling mencintai saling merindui
Bukan kerana sesiapa
Tetapi kerana Allah
Kerana Allah yang melahirkan rasa itu
Rasa cinta rasa kasih
Yang sentiasa bersemi 
Dalam hati sanubari

Saat akad dilafaz
Saat itulah ikrar dimeterai dengan janji
Janji untuk memikul amanah yang diberi
Oleh wali bidadari yang dicintai
Rasa gementar yang hadir kala itu
Bukan rasa gementar atas akad yang dilafaz
Namun rasa gementar akan tanggungjawab yang akan digalas
Bukan untuk sehari dua
Tetapi untuk selamanya

Ya Allah ya tuhanku
Satukanlah hati kami dalam mencintaiMu
Satukanlah hati kami dalam meraih keredhaanMu
Satukanlah hati kami untuk syurgaMu
Kerana apalah erti pernikahan itu
Jika hanya cinta manusia yang didamba
Jika hanya cinta manusia yang dipuja
Jika hanya nafsu yang menjadi raja

Jadikan pernikahan itu bersemi atas ikatan yang suci
Kerana pernikahan itu satu nikmat kurniaan Ilahi
Penikahan itu diertikan dengan kepercayaan
Pernikahan itu diertikan dengan kesetiaan
Pernikahan itu diertikan dengan kejujuran
Jangan dicemari ikatan ini dengan hawa nafsu
Namun serikan ia dengan kasih sayang
Serikan ia dengan kerinduan

Pasakkan niat di hati
Untuk satu ikatan pernikahan yang diredhai
Hanya untuk Allah
Hanya untuk Islam 
Hanya untuk umat Nabi Muhammad s.a.w
Moga dengan ikatan ini
Akan lahirlah ulama'
Akan lahirlah hafiz serta hafizah
Akan lahirlah daie
Untuk menegakkan kembali sinar Islam yang kian malap







P/s :
Kepada pemilik cintaku selepas Allah dan rasul..Terlalu banyak yang ku damba dalam ikatan ini..Maafkan aku kerana cinta ini hanya akan bersemi apabila Allah dan Rasul sentiasa di hati..Apabila hilang rasa cinta kepada Allah dan RAsulNya, maka akan lenyaplah rasa cintaku padamu..








Monday 30 July 2012

JAUH DAN SEMAKIN MENJAUH

Bismillahhirrahmanirrahim...

Jauh dan semakin jauh
Itulah diriku kini
Begitu kotor dan hina
Disiplin diri di tahap kritikal
Mungkin saja boleh mencapai tahap yang paling kritikal
Entah mengapa begitu susah untuk mendidik diri dan hati ini
Aku tidak menyalahkan sesiapa
Apatah lagi untuk menunding jari 
Kerana aku tahu itu semua atas kelalaianku, kealpaanku
Aku tidak mahu menjadi orang yang rugi
Aku tidak mahu menzalimi diriku ini
Namun itulah yang aku lakukan sekarang
Sedarlah wahai diri
Nikmat Allah padamu tidak terhitung banyaknya
Kasih sayang Allah menggunung tinggi
Allah itu sentiasa dekat denganmu
Lebih dekat dari urat di leher
Terima kasih ya Rabb 
Atas nikmatMu
Terima kasih ya Rabb
Kerana sentiasa menyentuh hatiku yang hitam ini
Walaupun aku sering kali terjatuh dalam proses mentarbiahkan diri
Terjatuh sehingga tersungkur
Namun Engkau menarikku untuk bangun semula
Bangun untuk memperbaiki diri
Berubahlah
Berubahlah walaupun payah
Allah tidak melihat hasilnya
Namun Allah melihat natijahnya
Aku ingin berubah ya RAbb
Berubah kepada yang lebih baik
Baik dalam erti kata Islam yang sebenar
Aku ingin meraih keredhaanMu
Aku ingin meraih kasih sayangMu
Aku ingin meraih cintaMu
Beri daku kekuatan ya Allah
Kerana diriku ini begitu lemah
Terima kasih ya RAbb untuk segalanya





p/s :

Kepada insan yang sentiasa bersamaku dan bakal menjadi pendamping hidupku..Bimbinglah aku..Ingatkan aku..Pimpin tanganku saat aku jatuh..Jangan pernah tinggalkan diriku sendirian..Tarik tanganku menuju syurgaNya..Syurga yang penuh nikmat itu..





Friday 27 July 2012

AKU KEMBALI

Bismillahhirrahmanirrahim..
Selawat serta salam buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, masih lagi dipinjamkan nyawa oleh sang Pencipta untuk kita terus menyedut udara di muka bumi yg begitu luas ini..Moga peluang yang diberikan oleh Allah dapat kita manfaatkan sebaiknya dengan mempertingkatkan amalan terutama dalam bulan ramadhan yang mulia ini..

Sudah lama menyepi dari dunia blogging, kini aku kembali..Rindu rasanya nak menulis dalam ruangan ni tapi terlalu banyak perkara yg terjadi sejak akhir2 ni..Sebelum ni sibuk berulang alik ke hospital untuk menjaga abah yang sedang sakit..pilu rasa hati melihat abah yg terlantar di katil hospital..dan alhamdulillah, hari khamis minggu lepas, abah dah boleh balik rumah walaupun keadaan abah masih lagi kritikal..sekarang pun abah hanya mampu baring dan minum sahaja tanpa menjamah sebarang makanan..Allahurabbi..ujian yg begitu besar untuk kami sekeluarga..sering saja teringat kata2 abah yang mana ingin berjumpa dengan Allah dalam bulan ramadhan..Abah, adik mendoakan yang terbaik untuk abah..Andai Allah ingin menyembuhkan abah, insyaAllah abah akan sembuh, namun jika waktunya telah tiba, adik mendoakan Allah ambil abah dalam keadaan yang baik dan dalam bulan ramadhan..moga abah akan ditempatkan dalam kalangan hamba2Nya yang soleh dan bertakwa..amin ya Rabb..terima kasih kepada sahabat2 yang sudi meluangkan waktu untuk melawat abah walaupun jauh untuk datang sini..

                                               abah sewaktu berada di hospital serdang


Sedar tidak sedar, hari ini merupakan ramadhan yang ke-7 buat umat Islam seluruh dunia..bagaimana dengan mujahadah kita dalam bulan ramadhan ini??adakah kita berjaya melawan hawa nafsu yang ada dalam diri ini??kalau sebelum ini kita sering kali menyalahkan syaitan yang menghasut utuk berbuat jahat, namun dalam bulan mulia ini, syaitan telah dirantai oleh Allah..jadi, adakah kita masih dibelenggu perkara yang sama??jangan sesekali menyalahkan jika kita berbuat jahat kerana itu semua atas kehendak diri kita..berusahalah untuk didik diri untuk menjadi hambaNya yang sentiasa taat dan patuh akan perintahNya..Sesungguhnya, jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu..jadikan bulan yang mulia ini sebagai bulan untuk mendidik diri dan mendidik hati yang hitam lagi kotor ini..moga bulan ramdhan ini dapat kita jadikan sebagai bulan untuk kita terus beristiqamah dalam mempertingkatkan ibadah untuk 11 bulan yang akan datang..




Pesanan untuk sahabat sahabiah semua serta diri ini yang mudah lupa:

- bangunlah untuk bersahur kerana terdapat barakah dalam sahur itu bagi sesiapa yang berpuasa..sahur   juga membezakan puasa umat islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani
-solat fardu di awal waktu disertai dengan solat sunat rawatib
-banyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran
-basahkan lidah dengan zikrullah, istigfar serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
-solat terawih secara berjemaah sama ada 20 rakaat atau 8 rakaat mengikut kemampuan masing2..seeloknya 20 rakaat la ea sahabat semua
-bangun malam untuk sujud menghadap Allah yang maha Esa
-menjaga pancaindera iaitu mata, telinga, mulut dan anggota2 yang lain
-rajinkan diri untuk memasak makanan berbuka dan bersahur..jangan asyik p bazaar ramadhan je tau..heheheee

Akhir kata, moga ramadhan kali ini membawa titik perubahan kepada kita semua..manfaatkan bulan ini dan janganlah kita menjadi orang yang rugi..Raihlah ganjaran yang berlipat ganda dari Allah..jadikan bulan mulia ini sebagai bulan penyucian diri..semoga kita dipanjangkan umur untuk ramadhan yang akan datang..dan insyaAllah, ramadhan kali ini merupakan ramadhan terakhir untuk Cik Aina Mardiah..jangan terkejut ea semua..hehehee..bukan nak pergi tinggalkan sahabat semua..ayat 2 x habis lagi..ini ayat yang betul..insyaAllah, ramadhan kali ini merupakan ramadhan terakhir untuk Cik Aina Mardiah coz ramadhan akan datang, dengan izin Allah akan bergelar Puan Aina Mardiah..huhuuu..kita hanya merancang, Allah yang menentukan semuanya..wallaualam..

Maassalam..Jazakallah hu khaira kathira..