Sunday 23 September 2012

AINUL MARDHIAH


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar sahabat semua??moga semuanya berada di bawah rahmat Allah..Alhmdulillah maish diberi kesempatan untuk menulis hari ni selepas menyiapkan assignment statistic tadi..huhuhu...Hari ni nak cerita tentang AINUL MARDIAH..sama maksudnya dengan aina mardiah iaitu mata yang diredhai..Best x nama ni??Macam nama yang tengah menulis ni..:) wink2..

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik..



Kisah... ... Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut... . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama... . Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,... .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua... . dan tak pernah dia lihat di dunia... . lalu wanita itu berkata

... akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku... . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii... ... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga... 



Wallahualam..

Mardiah pun nak jadi bidadari jugak..Bidadari dunia..InsyaAllah..usaha ke arah itu..Moga Allah redha.. 

Salam sayang...

*diambil dari seorang sahabat maya

Saturday 22 September 2012

update!!

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


CONTENGAN JALANAN

rindu sangat nak baca buku ni
tapi ada kat kampung
buku ni ada banyak sangat kenangan
terima kasih ya Allah
temukan aku dengan novel ini
kala itu ramadhan menjelma
sungguh terasa roh ramadhan menyelinap masuk dalam hati
rindu dengan bulan suci itu
moga dipanjangkan umur untuk bertemu denganmu ramadhan

moga aku juga menjadi seperti fend
bukan fend yang dahulu
tapi fend yang kini
yang mana 360 degree hidupnya berubah
berubah untuk mencari erti hidup
The man who decided to change on 12th hour dies on the 11th
masih belum terlambat untuk berubah
berubah untuk DIA yang satu
semuanya untuk DIA
Tuhanku, Penciptaku

TERIMA KASIH YA ALLAH



p/s : sesiapa yang belum memiliki novel ini..cepat2 la cari ea..bukan sekadar novel yang biasa2..




Tuesday 18 September 2012

CINTA KERANA ALLAH II


Bismillahhirrahmanirrahim 

Dipegang jubbah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu. “Adakah ini kerana Allah?” Tanyanya hampir berbisik.

“Ya, wahai isteriku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa menoleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Nabi Ibrahim a.s berlalu pergi. Tegar dan redha. Kalau suamiku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim a.s rela meningglkan isteri dan anaknya, Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Sebuah lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan, dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta Khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkan cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah Nabi Ibrahim a.s.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkan juga derita suaminya, Nabi Ibrahim a.s yang meninggalkan isteri dan anaknya. Kadang-kadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit menanggungnya daripada orang yang ditinggalkan.

Namun, apabila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa. Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya : berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa bengkok.

(Diambil dari buku Cinta Kerana Allah : cinta 18 – bukan cinta biasa )

Saat itu, kakakku berbicara denganku:
 “ Adik, boleh along jadi murabbi atau orang tengah antara adik dengan *****”. Kata along.
“ Maksud along macam novel cinta high class-fatimah syarha 2 ke:” aku membalas.
“Aah, if adik nak mesej *****, forwardkan mesej 2 pada along dulu , then baru send pada *****,” along berkata sambil memandangku.
“Baik, nanti adik bincang ea”, kataku.

Setelah berbincang, kedua2nya setuju untuk tidak lagi berhubung kecuali atas sebab2 penting terutama untuk uruskan hal pernikahan. Namun, dalam waktu yang sama, hati ini  terasa begitu perit. Sabar mardiah, niatkan kerana Allah. Pasti semuanya akan dipermudah. Hati ini redha. Begitu susah untuk aku menyusun kata bagi menenangkan hati ini. Hati ini berdoa kepada Allah. Untuk hilangkan rasa itu, aku membuka buku Cinta Kerana Allah dan menyambung pembacaaku..Nah, tersedia jawapan untuk aku. Cerita antara Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar seolah2 memberi aku kekuatan untuk terus mempertahan keadaan ini semuanya kerana Allah. Aku terus berdoa supaya dilembutkan hati si dia untuk redha akan hal ini. Alhamdulillah, betapa Allah itu dekat. Tidak berapa lama selepas itu, telefon bimbitku berbunyi menandakan pesanan ringkas yang baru kunjung redha. Dalam mesej itu, si dia juga redha akan hal ini. Ya Allah, betapa bersyukurnya aku saat itu.

Dalam kejauhan, diri ini sentiasa berdoa. Berdoa yang terbaik untuk kita. Perpisahan ini bukan selamanya, tapi hanya sementara. Menunggu aku menjadi halal untuk kamu. Sesungguhnya, jalan yang kita pilih ini lebih menenangkan hati dan sanubari kerana kedua2 nya kini sedang berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi suami serta isteri yang soleh dan solehah. Pencarian cinta Allah itu lebih terasa berbekalkan semangat Cinta Kerana Allah. Ketahuilah cinta selepas nikah itu lebih indah dan mengasyikkan.

Kadang2 terasa diri begitu lemah, kerana syaitan sering kali berbisik untuk menyesatkan anak adam. Rasa cinta dan rindu yang menjelma itu fitrah. Namun jika tidak dihalakan pada jalan yang betul, ia akan menjadi fitnah. Berhati-hatilah duhai diri. Saat diri terasa begitu lemah, sujudlah mengadu serta merintih kepada Allah yang maha mendengar. Gantikan rasa rindu serta cinta itu kepada rasa rindu kepadaNya serta rasulNya. Baca serta fahamilah ayat-ayatnya kerana terdapat banyak jawapan bagi persoalan yang bermain di minda. Masih ku ingat pesananmu satu masa dahulu, apabila rasa rindu bacalah surah al-munafiqun kerana itu surah kegemarannya. Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menyentuh hati kami yang hitam lagi kotor ini. Betapa kasihnya Engkau pada hambaMu ini. Kini, ketenangan itu datang dengan izinMu. Tenang dalam redhaMu, insyaAllah. Engkau juga menghadirkan kami sahabat-sahabat dan orang yang tidak disangka-sangka untuk sentiasa menemani kami. Sesungguhnya, apabila sesuatu itu disandarkan hanya kepada Allah, pasti bantuannya akan tiba tanpa disangka-sangka. Alhamdulillah. I love u Allah.

Aku coretkan kisah ini bukanlah untuk berbangga atau mengaibkan sesiapa. Hanya perkongsiaan bersama kerana aku hanya insan yang hina. Namun aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Semuanya dengan izinMu ya Rabb.



Wassalam.

Sunday 16 September 2012

KU MERINDUIMU ABAH

Bismillahhirrahmanirrahim

Marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan besar penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda..Semoga kita semua memperoleh syafaat baginda di akhirat kelak..insyaAllah..

Tanggal 16 Ramadhan..Hari di mana insan yang paling mardiah sayangi menghembuskan nafasnya yang terakhir..Alfatihah untuk arwah abah..Semoga abah dalam kalangan hambanya yang bertakwa dan beramal soleh..Ya Allah, selamatkan abahku dari azab kuburmu, luaskan kuburnya, terangi kuburnya dan jadikankanlah kubur itu sebagai taman2 syurga baginya..Semoga abahku tenang dan bahagia di sana..Aminnn..Abah, adik rindu belaian abah, suara abah, ciuman abah, pelukan abah, senyuman abah..

Masih adik ingat waktu abah terbaring lesu di atas katil..Setiap hari adik, mak, along, angah, kakde dan abg2 ipar akan bergilir2 menjaga abah di hospital..Saat itu, hanya Allah yang mengetahui apa rasa hati ini..Melihat emak yang begitu setia menunggu abah di sisi tanpa mengambil kira kesihatannya..begitu besar pengorbanan seorang isteri terhadap suami yang dicintai..Tidak dapat adik rasakan kesakitan itu abah..Dicucuk, ditebuk..Allah..sakitnya..Namun abah tetap tersenyum memandang kami..Sering kali menyuruh kami makan walaupun abah tidak mampu untuk menelan sesuap nasi pun saat itu..Abah hanya minum air dan sesekali makan bubur walaupun ianya akan keluar semula..Setiap hari kami sekeluarga berulang alik ke hospital..Dan itu semua untuk abah yang dicintai..

Akhirnya, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk membawa abah pulang ke rumah along di bangi..Di situ tempat terakhir abah menghembuskan nafasnya yang terakhir..Waktu itu abah sudah pun kurang ingatannya akibat darah beku yang naik ke otak dari saluran jantung yang tersumbat..Sesekali abah memanggil adik, emak, along, angah dan kakde..Namun begitu jarang sekali kerana abah begitu lemah untuk ingat akan kami semua..Tapi, adik tau, walaupun abah memanggil abang pada semua orang, adik tahu bahawa abah ingin memanggil anak2 abah tetapi sukar untuk menyebutnya..Setiap malam adik dan mak tido di sisi abah sama ada di atas sofa atau tilam kerana katil abah di ruang tamu bagi memudahkan untuk kami menjaga abah..Abah seperti anak kecil yang sentiasa inginkan perhatian dan inginkan teman di sisi pada setiap masa..Maafkan adik kerana tidak dapat teman abah selalu..Kadang2 adik leka dengan keperluan abah..Maafkan adik..Adik sayang abah sangat2..

Pada 15 ramadhan, adik dan mak pulang ke kampung kerana sudah terlalu lama rumah dibiarkan kosong..Sebelum balik, adik cium dahi abah dan doakan yang terbaik untuk abah..Di kampung, adik dan mak membersihkan rumah dan menyusun semula barang2 yang ditinggalkan dalam keadaan yang tergesa2 semasa abah masuk ke hospital..Pada pagi 16 ramadhan, adik dan mak bertolak semula ke umah along..Emak sentiasa menelefon along untuk ketahui perkembangan abah..Dalam perjalanan, kakde menelefon emak dan memberitahu keadaan abah yang semakin nazak..Air mata terus mengalir saat mendengar perkhabaran itu..Adik yang sedang memandu menekan pedal minyak dan berdoa di dalam hati agar dipermudahkan urusan abah dan semoga adik sempat bertemu abah untuk kali terakhir..Sambil memandu, air mata mengalir..Adik juga nampak air mata emak yang mengalir di pipi..Alhmdulillah, Allah memberi kemudahan untuk sampai ke rumah along..Saat sampai ke rumah along, terdengar bacaan yassin oleh kakak2 dan abang iparku..Adik terus mendekati abah dan turut membaca surah yassin di sisi abah..Adik memegang kaki abah yang mula sejuk..Antara petanda apabila roh mula keluar dari jasad..Setiap ahli keluargaku membisikkan kalimah syahadah di telinga abah..Air mata tidak dapat ditahan saat itu..Mengalir terus di pipi namun sedikit esakan pun tidak kedengaran..Hanya air mata yang mengalir diiringi dengan doa dan bacaan kalimah2 Allah..Alhamdulillah, abah pergi dengan tenang dan cukup mudah sekali...Saat yang tidak akan adik lupa dalam hidup adik..Ada hikmahnya adik dan mak balik untuk mengemas rumah..Kerana abah ada memberitahu bahawa ingin jasadnya dikebumikan di kampung..Emak dan anak2 abah redha dengan pemergian abah kerana kami yakin Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk abah..Tidak sangup untuk melihat abah terlantar sakit..Itulah ujian..Sakit itu kafarah bagi penghapusan dosa..

Pada petang itu juga jenazah abah diuruskan..Setelah siap solat jenazah, azan berkumandang menandakan waktu magrib dan semua yang datang berziarah berbuka puasa dengan makanan yang dibeli oleh sahabat along..Selepas solat magrib, jenazah abah yang sudah siap dikafankan dibawa pulang ke kampung..Sesampainya di kampung, rumahku dipenuhi sahabat2 abah..begitu ramai sekali sehingga sesak jalan di hadapan rumahku..Sekali lagi jenazah abah disolatkan dan buat kali terakhir, kami semua menatap wajah abah..Terasa kesejukan di wajahku saat mencium abah..Selepas itu, jenazah abah dibawa ke tanah perkuburan untuk disimpan..Pada waktu itu, ramai yang mengiringi namun mardiah dan kakak2 tidak ikut sekali kerana jenazah abah dikebumikan pada pukul 12 malam..Keesokan harinya barulah kami keluarga menziarahi kubur abah dan berdoa untuk kesejahteraan abah..

Terima kasih atas sokongan sahabat2 semua..yang sentiasa memberi semangat..yang datang menziarahi abah sewaktu abah sakit di hospital..Mohon doa daripada kalian semua untuk abah..
Adik sangat merindui abah..InsyaAllah, adik akan berusaha untuk jadi anak yang solehah yang mana akan menjadi saham untuk kita sekeluarga masuk ke syurgaNya..InsyaAllah..Semoga abah bahagia di sana dan semoga usaha dakwah abah akan disambung oleh anak2 dan menantu abah..Moga Allah redha, insyaAllah..


Abah sewaktu muda2 dulu


Abah yang sangat adik sayang & rindu 


Abah yang kurang sihat namun masih mampu tersenyum..Muka abah sembap akibat sakit..


Abah sewaktu di hospital..

Adik sayang abah..Adik rindu abah..Sering kali abah hadir dalam mimpi adik..Adik gembira sangat dapat jumpa abah walaupun dalam mimpi..Adik yakin abah tenang dan bahagia di sana..insyaAllah..


Wassalam..Maassalamah..


Saturday 15 September 2012

NIQABKU

Bismillahhirrahmanirrahim

Selawat serta salam buat junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga serta sahabat baginda..Alhmdulillah masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi yang begitu luas ini..Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tidak terkira banyaknya..Moga kita dalam kalangan hamba yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan itu..

Niqab atau lebih dikenali sebagai purdah..Sudah terlalu lama mardiah memerhatikan muslimah berniqab..hati ini bagai ditarik2 untuk menjadi seperti mereka..sungguh cantik dan menawan di mata mardiah..Allah, indahnya ciptaanMu..Aku juga ingin menjadi seperti itu..Apabila ada masa, mardiah selalu mengunjungi blog niqabis2 & ternyata, banyak ilmu baru yang mardiah pelajari tentang niqab..Terdapat pelbagai pendapat terhadap pemakaian niqab..Setiap mazhab ada hujah yang tersendiri tentang pemakaian niqab..kat sini mardiah sertakan pendapat mazhab syafi'ie tentang pemakaian niqab..


Mazhab Syafi’ie

Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.

1. Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)

4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)


Alhmdulillah..tanggal 15 ramadhan merupakan detik pertama mardiah memakai niqab..betapa beryukurnya diri ini kerana ahli keluarga mardiah dapat menerima perubahan ini..Mak mardiah juga tolong mardiah menyiapkan niqab tersebut..Waktu pertama kali memakainya iaitu sebelum tanggal 15 ramadhan, terasa begitu sayu hati ini..begitu hina hambaMu ini ya Allah...terlalu banyak dosa dan maksiat yang telah aku dilakukan..Semoga perubahan ku ini dapat mendidik diriku untuk lebih mengingatiMu, untuk lebih mencintaiMu..Aku ingin menjadi seperti isteri-isteri Rasulullah yang begitu tinggi akhlaknya..yang sentiasa menjaga ibadahnya..Aku ingin menjadi seperti mereka ya Allah..Moga Engkau memberi aku kekuatan untuk beristiqamah dalam setiap perubahan yang aku lakukan dalam hidupku ini..perubahan untuk menjadi yang lebih baik..baik dalam erti kata Islam yang sebenar..

Akak2 yang ku cinta kerana Allah bertanya tentang diriku..Kenapa adik berniqab??Sebenarnya, mardiah berniqab bukan kerana sesiapa pun..Semuanya kerana Allah..Ingin mencari cinta Allah yang cukup agung itu..Mardiah nak Allah pandang mardiah..Mardiah mahukan keredhaan Allah..Disamping itu, mardiah ingin mengelakkan diri ini dari fitnah dan dari pandangan lelaki di luar sana..Pernah sekali mardiah duduk bersama sahabat mardiah..Tiba2 ade seseorang menyampaikan salam kepada mardiah..Dan sahabat mardiah berkata pada mardiah begini : 
      "rasanya kan aina (nama sebenar aina mardiah) kena pakai purdah la..ada je lelaki yang pandang n kirim   salam.."

Terdetik di hati andai diri ini boleh membawa fitnah..Allhurabi, mohon dijauhkan..Mardiah menceritakan kisah ini bukanlah untuk merasa bangga atau apa pun..cuma inilah situasi yang berlaku pada zaman kini..Mardiah tidak tahu niat lelaki itu sama ada bergurau atau ingin bertaaruf..namun maaf, itu bukan caranya..lagipun sekarang ni mardiah sudah pun menjadi tunang kepada seorang hamba Allah..masih ramai lagi sahabat2 mardiah yang tidak tahu tentang perubahan mardiah ini..mardiah takut juga jika mereka tidak dapat menerima perubahan ini kerana mardiah ni bukan baik sgt orangnya..terlalu banyak khilafnya..masih teringat waktu raya aidilfitri yang lepas...mardiah keluar beraya bersama sahabat2 sekolah..mardiah sangat keliru waktu itu sama ada untuk berniqab ataupun tidak..akhirnya, mardiah keluar tanpa niqab di wajah..seolah2 kekuatan hilang waktu itu..terasa bersalah sangat mengenangkan waktu itu walaupun wajah seseorang itu bukanlah satu aurat dan terdapat khilaf dalam pemakaian niqab..Allahurabbi..InsyaAllah, mardiah akan cuba sedaya upaya untuk tidak menanggalkan niqab lagi selepas ini kecuali di kawasan2 tertentu yang mana melarang pemakaian niqab seperti di kampus dan kolej..mesti semua pelik kan..sekejap pakai sekejap tanggal..cuba baca ni :  < mardiah ambil dari blog niqabis >

Mengenai tempat-tempat yang melarangkan pemakaian niqab, seperti ketika di kuliah dan juga profession perguruan dimana niqob adalah dilarang sama sekali. Bagi ana, kalau sesetengah tempat itu menyuruh kita menanggalkan niqab, maka tanggallah. Kita amalkan apa yang kita mampu. Pentingkan amalan dalaman, dan luaran akan ikut sama. Bila berada di dalam tempat tersebut, tak perlulah memakai niqab. Bila dah keluar dari tempat tersebut, pakailah balik niqab itu. Kawan-kawan ana yang berniqab pun membuat perkara sama. Usah hiraukan kata-kata orang yang berkata, "Eh apa ni? Kejap pakai, kejap tak." Usah hiraukan mereka. Mereka bukannya membawa manfaat kepada kita pun. Pentingkanlah amalan dalaman... Jaga solat, hati, banyakkan memperbaharui niat supaya belajar erti ikhlas kerana Allah... Luaran itu tak penting sangat kerana ramai orang yang memakai pakaian sunnah tetapi tak kuat pada amalan dalaman... Banyakkanlah menuntut ilmu sahih, dan dengan ilmu sahih itu, kita akan melakukan amalan sahih... Maka iman kita turut akan meningkat... Itulah kekuatan dalaman kita... Apa-apapun, teruskan istiqamah dengan pemakaian niqab. Buatlah yang termampu kerana Allah... :) 

Sememangnya orang akan pandang pelik pada kita apabila kita berniqab kerana bukan semua orang dapat menerima perubahan seseorang itu..Namun mardiah berpegang kuat pada satu hadis ini :

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Biarlah apa pun pandangan, percakapan orang lain terhadap kita..yang penting kita tahu niat sebenar kita berniqab..memang tidak dinafikan, mardiah sememangnya masih lagi dalam proses perubahan untuk mendidik diri dan hati ini..masih banyak lagi yang kurang..terlalu ingin untuk menuntut lebih baik ilmu agama supaya dapat memantapkan akidah..dan betapa bersyukurnya diri ini kerana apabila berniqab, kekuatan untuk melakukan perubahan itu lebih terasa..itulah hikmahnya mengapa diri ini begitu ingin menjadi niqabis..moga terus istiqamah dalam melakukan perubahan walaupun sering kali terjatuh malah tersungkur..dan diri ini sering kali lalai dan leka dengan kehidupan dunia..tapi, Allah sering kali menyentuh hati ini..betapa baik dan dekatnya Allah dengan kita..

Terima kasih buat ahli keluarga, en.tunang, dan sahabat sahabiah yang sentiasa memberi semangat dan kekuatan kepada mardiah..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..Niqab itu pakaian sunah..Namun begitu kita perlu untuk menguatkan dalaman kita terlebih dahulu..hijrahlah bersama hati bukan bersama niqab..yang paling penting jaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu sebelum berniqab..kata-kata yang sentiasa melekat dalam hati..


wassalam...jazakillah khairan khasiro..

Friday 14 September 2012

CINTA KERANA ALLAH

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Salam jumaat kepada sahabat sahabiah semua..Jumaat penghulu segala hari, jadi marilah kita banyakkan selawat keatas penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w yang begitu besar pengorbanannya pada umat islam..Apabila kita membaca buku tentang RAsullullah, pasti mengalir air mata..begitu sayu mengenangkan perjuangan Rasulullah s.a.w untuk kita..Alhamdulilah, bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad yang mana satu2nya nabi yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak..

Cinta kerana ALLAH..Sebenarnya nak cerita tentang sebuah buku yang ditulis oleh seorang penulis yang tidak asing di pendengaran kita..Ustaz Pahrol Mohamad Juoi..Ustaz yang sangat mardiah suka..bait2 penulisannya begitu indah sekali..sungguh pandai menyusun kata..Buku yang terbaru hasil penulisan Ustaz Pahrol ialah CINTA KERANA ALLAH..Alhamdulillah, buku yang sangat berguna untuk pasangan yang bakal mendirikan baitul muslim serta yang telah mendirikannya..nak tau apa yang best sangat dalam buku ni???teng3...huhuhuuu...moh la kita beli, baca & renungkan setiap ungkapan yang lahir daripada tinta penulis ini..walaupun mardiah belum khatam lagi buku ni, tapi tengok cover buku pun dah jatuh cinta tau..belum lagi baca isi di dalam..best sangat..siap ada sajak, puisi, surat yang sangat menyentuh perasaan..wat promotion pulak kat sini kan..heheheee...selamat membaca kepada sahabat semua..CINTA KERANA ALLAH...moga kita semua tidak pernah berputus asa dalam pencarian cinta yang cukup agung itu...insyaALLAH..


terima kasih kepada en.tunang yang hadiahkan buku ini sempena ulang tahun kelahiran mardiah yang ke-21..dah tua dah kan..nak kawin dah pun..sangat2 hargai pemberian ni..


Tuesday 11 September 2012

......

bismillahhirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

nothing much to say..baru sehari kuliah tiba2 hari ni kelas dah batal..rasa macam hari sabtu pun ada ni..badan xberapa nak sihat sejak semalam..selesema+pening..mak siap bekalkan folic acid sekotak untuk anak bongsu dia ni..kalau dekat umah tiap hari mak yang kasi suruh makan tapi bila kat sini kena pandai2 sendiri la..kadang2 lupa jugak nak makan..huhuhuuu..rindu kat mak..lagi rindu kat abah..sejak kebelakangan ni selalu mimpi abah..moga abah tergolong dalam kalangan hambaNya yang bertakwa dan beramal soleh..luas serta terang kuburnya..Moga tempat itu menjadi taman2 syurga buat abah tercinta..doa tidak pernah putus dari anakmu ini..rindu abah sangat2..bila rindu, kena buat ape ea??doakan dan sedekahkan alfatihah serta amal2 ibadah kita..kan sahabat semua??

saje je update blog yang bersawang ni..sambil menunggu kawan untuk beli makanan..macam ni la bila duk kolej..tiap hari makan bungkus..bila rajin ade la jugak masak..tapi yang simple je la kan..huhuhuhuu..

selamat menimba ilmu untuk sahabat semua..moga ilmu yang ditimba diberkati dan melekat di hati..terutama ilmu akhrat..jangan asyik mengejar ilmu dunia je..hidup kat dunia ni sementara je..yang kekal di akhirat sana..mari kita same2 tingkatkan serta mantapkan akidah serta ibadah kita padaNya..insyaAllah..peringatan buat diri yang mudah lupa..

wassalam..





Monday 10 September 2012

dedicated to my beloved

Bismillahhirrahmanirrahim

Kepada pemilik cintaku selepas Allah dan rasul..
Nukilan ini khas untuk dirimu..


sudikah engkau menjadi isteriku??
ungkapan yang cukup bermakna untuk diriku
saat itu, lidah kelu untuk berkata-kata
hatiku bergoncang kuat saat engkau meluahkan
gembira dan takut bercampur baur
kerana terlalu banyak yang bermain di hati dan fikiranku
sudah dalamkah cintaku untuk Sang Pencipta
untuk aku layak mencintai dan dicintai oleh hambaNya
namun aku sedar dalam lena
perasaan itu bukan perasaan yang biasa-biasa
perasaan itu merupakan anugerah Allah untuk diriku juga dirimu
aku sujud menghadapnya memohon petunjuk
moga istikharah cinta ini turut membawa aku kepada cintaNya
kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku
terima kasih ya Allah atas anugerah ini
anugerah yang cukup istimewa untuk aku

usah engkau bertanya kapan datangnya cinta itu untuk dirimu
kerana aku juga tidak sedar akan wujudnya cinta itu
cinta kerana Allah dan rasulNya
namun cinta itu mekar hanya untukmu
mekar mewangi hanya dalam hatiku
tidak pernah ku ungkapkan perasaan itu untuk dirimu dengan sebenar-benarnya
kerana aku takut
cukup takut jika ia hanya mimpi indah yang sementara

dalam sujudku
aku berdoa jika benar dia untukku
baik untuk agamaku
baik untuk kehidupanku
baik untuk keluargaku
dekatkan hatinya dengan hatiku
satukan kami dalam ikatan yang halal
ikatan yang cukup tinggi nilainya dalam agama
ikatan yang menyatukan adam & hawa di syurga
dan semoga ikatan ini juga akan kekal hingga syurga

sudah bersediakah aku untuk menjadi zaujahmu
sudah bersediakah aku untuk memikul tanggungjawab itu
tanggungjawab yang cukup besar pahalanya apabila berpaksikan cinta Allah
namun cukup besar juga dosanya jika diabaikan begitu sahaja
ya Allah, bantu aku untuk menjadi hambaMu yang solehah
bantu aku untuk menjadi anak & isteri yang solehah
moga ia dapat menjadi saham untuk kami masuk ke syurgaMu
moga kami masih disatukan sebagai suami isteri di taman syurgaMu

kepada kamu bakal zaujku
pimpin aku untuk ke syurga Allah dengan penuh kasih sayang
hanya itu pintaku duhai pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul
maafkan aku andai diri ini tidak dapat menjadi zaujah yang sempurna untuk dirimu
namun aku akan berusaha demi baitul muslim yang bakal kita bina
moga baitul muslim itu merupakan baitul muslim yang sakinah
baitul muslim yang mawaddah (penuh dengan kasih sayang)
yang dapat melahirkan umat nabi Muhammad yang soleh dan solehah
yang dapat menjadi daie untuk menyebarkan agama Islam
insyaAllah, dengan izinmu ya Rabb
diri ini menyayangimu juga mencintaimu
walaupun ia tidak terungkap melalui kata-kata
walau begitu, aku yakin engkau mengetahuinya
terima kasih ya Allah atas cinta ini
CINTA KERANAMU YA ALLAH


bakal zauj a.k.a en.tunang cik mardiah


p/s : terima kasih juga buat ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan semangat dalam usaha pembinaan baitul muslim ini..mohon doa agar dipermudahlan segala urusan..insyaAllah