Tuesday 13 December 2011

CARTA FILA??APAKAH ITU???

Bismillahhirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t. sahabat semua...

Semoga semuanya berada di bawah penjagaan Allah disamping sihat fizikalnya...Dah lama rasanya tidak update blog ini..Kekangan masa terutama minggu-minggu akhir watkan blog ini sunyi sepi je kan??Maklumlah, banyak kerja kursus yang perlu dihantar, ditambah pula dengan ujian-ujian subjek major kimia..Kena la ulangkaji kan???Kalau tidak.......sapa nak sambung ayat ini angkat tangan macam saya..hehehehhehee...Eh, melencong ke mana la wahai Cik Mardiah??Tengok semula tajuk 'entry' ni dan kembalilah ke jalan yang benar...huhuhuhuhu...


Baiklah..apa itu carta fila??F.I.L.A chart bermaksud F-Facts (fakta), I-Ideas, L- Learning Outcomes ( Hasil Pembelajaran ), A-Action (tindakan). Fila chart ini digunakan untuk menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan situasi.Agak susah jugak nak terangkan apa itu carta fila..Tapi tahu la pulak nak buat macam mana kan???Kalau macam itu, apa kata sahabat-sahabat tenagok contoh carta fila yang Cik Mardiah dah rakan kumpulannya siapkan untuk kerja kursus yang pertama bagi subjek "Information and Communication Technology In Chemistry"..Untuk buat carta fila, kita hendaklah mempunyai soaln dan soalan di bawah ini diberikan oleh pensyarah Cik Mardiah yang disayangi iaitu Puan Asmayati..Jadi, sila lah lihat di bawah untuk memgetahui tentang carta fila..


Problem Scenario 1:

Rosa, a new teacher was chose to attend a workshop on Learning & Teaching organise by the district education department. In the workshop she was exposed to many things such as learning theories, teaching methods, classroom management and assessment process. At the end of the workshop each participant needs to deliver a talk according to particular topic given randomly to them. The topic given to Rosa was Smart School.
As a curriculum officer how would you help Rosa?

Carta FILA

Fakta
Idea & Isu
Hasil Pembelajaran
Tindakan

Ø  Rosa ialah seorang guru baru.

Ø  Rosa menghadiri bengkel tentang cara belajar dan mengajar anjuran Pejabat Pelajaran Daerah.

Ø  Dia didedahkan dengan teori pembelajaran, teknik mengajar, pengurusan kelas dan proses penaksiran.

Ø  Dia dikehendaki menyampaikan ucapan tentang Sekolah Bestari.

Ø  Rosa tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru.

Ø  Tidak biasa dengan situasi dan persekitaran baru di sekolah.

Ø  Dia belum mengenali keadaan dan kelakuan para pelajar.

Ø  Tidak tahu cara untuk menarik perhatian pelajar supaya pelajar memberi perhatian di dalam kelas.

Ø  Kurang pengetahuan tentang teknik pengurusan kelas yang baik.




Ø  Jarang berdepan dengan situasi di dalam kelas yang sebenar.

Ø  Kurang jelas dengan objektif, visi dan misi pelaksanaan Sekolah Bestari.

Ø  Apa itu Sekolah Bestari?

Ø  Apakah misi dan visi Sekolah Bestari?

Ø  Apakah konsep dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah kriteria atau kelayakan para pelajar untuk memasuki Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah sesebuah sekolah itu boleh dijadikan sebagai Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari dijalankan?

Ø  Siapakah yang memainkan peranan dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang lain?


Ø  Apakah kebaikan dan keburukan Sekolah Bestari?

Ø  Apakan aspek penting dalam menangani pelaksanaan Sekolah Bestari?


Ø  Mempelajari teori pembelajaran ,  cara pengurusan kelas dan proses penaksiran dengan betul.

Ø  Mencari apa itu sekolah bestari, objektif, visi dan misi melalui buku, internet dan bahan rujukan lain.

Ø  Melayari internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sekolah Bestari.

Ø  Pergi ke Sekolah Bestari untuk melihat persekitaran sebenar dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di Sekolah Bestari.

Ø  Cuba untuk mengenali para pelajar Sekolah Bestari.


Ø  Mengkaji perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang sedia ada seperti proses pengajaran dan pembelajaran.


Ø  Mengetahui cabaran yang akan dihadapi dalam pelaksanaan Sekolah Bestari seperti cabaran kepada pengetua, para guru dan pelajar

Haaaaaa...Sudah mengetahui apa dan bagaimana carta fila itu disiapkan oleh ahli kumpulan Cik Mardiah???hehehehehe....Kepada siapa-siapa yang kurang faham, bolehlah bertanya atau jumpa terus dengan Cik Mardiah..Insya Allah,boleh la Cik Mardiah terang dengan lebih jelas lagi tentang carta fila...

Rasanya sampai sini sahaja 'entry' untuk kali ini...Insya Allah, jika diizinkan kita berjumpa lagi dalam 'entry' yang seterusnya..

Wassalam...




No comments:

Post a Comment