Thursday, 17 November 2011

KETENANGAN JIWA

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t. kepada sahabat-sahabat yang disayangi..

Semoga sihat selalu dan sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya. Oleh sebab ada masa terluang, tiba-tiba teringat nak update blog..Nak update tentang apa ni?? Sila lihat bawah....

Hari ini nak kongsi entry yang ringkas je..Nak tau tentang apa??Baca tajuk tentang ketenangan jiwa..Emmmm,nak tulis tentang apa la ni..hehehheheee...Sebenarnya bukan nak tulis..Cuma nak  kongsi satu video yang mana insya Allah akan menenangkan hati, jiwa dan minda sahabat-sahabat sekalian...Nak tahu video tentang apa?? Jom kita dengar dan hayati bersama-sama..



video


"Allah mempunyai Asma ul Husna(nama-nama yang baik/indah), maka berdoalah kamu semua kepada-Nya dengan menggunakan Asma ul Husna"
(Al-A'rof: ayat 180)





Wednesday, 16 November 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN CIK MARDIAH

Bismillahhirrahmanirrahhim...

Selawat dan restu ke atas junjungan besar penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda..

Assalamualaikum w.b.t......

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan masa untuk update entry yang seterusnya...Apa khabar sahabat semua???Semoga sentiasa berada dalam barakah-Nya..
Baiklah...Petang ini Cik Mardiah  nak kongsi tentang falsafah pendidikan..Bukan Falsafah Pendidikan Negara tau..Tapi Falsafah Pendidikan diri sendiri...Ada yang berminat nak tahu??Sila baca yang bawah ini...



Sekarang ini Cik Mardiah belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kos Pendidikan Kimia dan ambil minor Matematik..InsyAllah, semoga dimurahkan rezeki untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti..Nanti bila dah jadi cikgu, boleh la mengajar subjek Kimia dan Matematik..Tapi, tidak semestinya tau..Mana tahu nanti tiba-tiba kena mengajar subjek selain daripada Kimia dan Matematik..haaaa...macam mana itu?? Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi perkara-perkata sebegini..Tuntut ilmu bukan sahaja dalam bidang Kimia dan Matematik tapi semua ilmu termasuk ilmu dunia dan akhirat ea Cik Mardiah...InsyaAllah, semoga dipermudahkan...

Apa yang paling penting, Cik Mardiah nak memahami setiap pelajar tidak kira la sama ada pelajar itu pandai ke, lemah ke, golongan berada ke, golongan bawahan ke..Sebab sebagai guru, kita tidak boleh membezakan pelajar-pelajar kita..Nak memahami dari segi apa??Dari segi kelebihannya,kelemahannya,latar belakangnya dan semua la perkara yang boleh dikongsi antata seorang guru dan pelajarnya..Nak jalinkan hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar supaya pelajar akan lebih seronok untuk menuntut ilmu dan tidak takut untuk berkongsi masalah mereka dengan kita sebagai pendidik...Tapi jangan terlalu manjakan pelajar sebab takut nanti ada yang melawan pula.


Selain itu, sebagai seorang pendidik, kita haruslah memahami dan mendalami sebenar-benarnya sesuatu ilmu yang ingin disampaikan..Cara penyampaian ketika proses pengajaran dan pembelajaran pun hendaklah sesuai dengan keperluan semasa...Gunakan alat bantu mengajar sekiranya perlu dan pastikan pelajar memahami ilmu yang disampaikan itu...Komunikasi dan interaksi juga memainkan peranan penting dalam konteks penyampaian ilmu..Maka, kena la pastikan proses komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar berjalan dengan lancar dan berkesan...

Sebagai seorang pendidik juga, kita hendaklah menjalinkan hubungan yang baik bukan sahaja dengan pelajar tetapi juga dengan guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat..Hal ini kerana guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi..Disamping itu, kita hendaklah profesional dalam menjalankan tugas sebagai guru..Jangan sesekali campur adukkan masalah peribadi dengan kerja..Takut nanti pelajar kita yang menjadi mangsa akibat daripada masalah atau perasaan marah yang mana tiada kaitan dengan kerja..Kena ingat ni tau Cik Mardiah..

Akhir sekali, Cik Mardiah harap satu hari nanti Cik Mardiah akan menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu dengan baik bahkan dapat mendidik jiwa ataupun dalaman pelajar supaya menjadi pelajar yang berakhlak mulia, berketerampilan, berilmu pengetahuan yang tinggi serta dapat memberi sumbangan kepada agama, negara, bangsa, keluarga dan masyarakat...InsyaAllah..


Terima kasih sudi baca 'entry' untuk kali ini...
Wassalam... 

Saturday, 5 November 2011

HARI INI KEHIDUPANKU BERMULA

Assalamualaikum sahabat semua...

Semoga sentiasa sihat dan berada di bawah perlindungan Tuhan Yang Maha Esa...Emmmmm...Rasanya mesti dah ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing kan untuk sambut hari raya aidiladha...Nak ucap belum sampai waktunya lagi..Nanti ade rezeki akan buat 1 entry khas untuk Aidiladha ni..Semoga diberi kesempatan itu..

Sekarang ni muka ceria je...Senyum sampai telinga lagi tau..siapa la 2??hehehhehehe.....Cik Mardiah ni pun dua kali lima je...Terlebih 'excited' nak balik rumah...Maklumlah dah 8 minggu xjejak halaman rumah kat pahang 2 tau...Kucing kat rumah 2 pun mesti tertanya-tanya mana la tuan aku yang comel 2 xbalik2 lagi...haishhhhhhhh...perasan comel betul la budak ni..huhuhuhuhu....Tapi jangan lupa jaga kesihatan..Raya-raya jugak jangan sampai yang ada masuk hospital sebab terlebih makan sudah...dan yang paling penting rajinkan diri untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha..bukan solat sunat raya je tapi lebih baik untuk setiap waktu...besar pahalanya solat berjemaah..

Eh...macam dah lari tajuk je Cik Mardiah ni..Cuba tengok semula tajuk kat atas 2..ishk3...lain benar menyimpangnya..Baiklah sahabat semua..."Hari Ini Kehidupanku Bermula"....Bukan dah lama ke bermula...Umur pun dah 20 tahun, tiba2 cakap hari ini kehidupanku bermula...mesti pelik kan...huhuhuhuuu...Sebenarnya entry ni cuma nak kongsi sebuah lagu yang diberi nama "Today My Life Begin"..Nak tau lagu ni tentang ape?? Jom kita bersantai sambil dengar lagu ni..

"hear,read and heed my beloved friends"

video