Sunday 30 October 2011

IMPIANKU

Bismillahhirrahmanirraahim...

Selawat serta salam ke atas junjungan besar penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w, nabi yang mulia, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda kesemuanya...

Dengan izinnya, bertemu lagi kita untuk entry yang seterusnya...emmmmm...banyak betul entry untuk hari ini...Dah masuk yang ke-3 pun...Alhamdulillah...Tidak penat ke tuan punya badan ni..baru je pagi tadi sampai di atas muka bumi murabi selepas bercuti sempena Deepavali...Gaya bercuti macam dia pulak yang nak sambut perayaan 2 kan...hehehhehee..eh...dah2,lain nak cite lain pulak yang ditulis...

Entry ini sebenarnya khas untuk perancangan masa hadapan diri ini..Kita sebagai hamba Allah yang kerdil ini mestilah mempunyai perancangan untuk masa hadapan..Sama ada hasrat tersebut tercapai atau tidak,terserah kepada takdir...tapi...jagan berserah begitu sahaja...kita mestilah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita rancang untuk masa depan..

2010-2014 : Meneruskan pengajianku di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Ijazah Sarjana      Muda Pendidikan Kimia...Semoga memperoleh ijazah kelas pertama..Apa yang penting ialah niat menuntut ilmu kerana Allah sebab belajar itu pun satu ibadah..


2014-2015: Menyambung pengajianku di peringkat Ijazah Sarjana juga dalam bidang yang berkaitan Kimia...Suke betuk subjek kimia budak ni kan...hehehhee....Eh,xnak kerja dulu ke Cik Mardiah??huhuhuuu...InsyaAllah jika diberi kesempatan, mahu sambung belajar dulu sebelum kerja...Semoga mendapat restu daripada mak, abah dan keluarga..Kalau dah mendirikan masjid,kena mintak izin dengan zaujku dahulu...huhuhuhuu..

2016 - 20** : Bekerja sebagai pendidik tidak kira la sama ada sebagai cikgu di sekolah ataupun pensyarah..apa yang penting tujuannya ialah untuk mendidik anak bangsa dari hanyut dalam arus kemodenan dunia dan sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama..Dan InsyaAllah, jika diizinkan Allah teringin nak sambung belajar lagi di peringkat Doktor Falsafah..Dulu-dulu kan cita-cita nak jadi doktor gigi, tidak dapat jadi doktor gigi tapi ada DR. depan nama pun dah bersyukur sangat...


Semoga apa yang dihajati tercapai hendaknya...Usaha dan teruskanlah berusaha serta tidak lalai dalam menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya..Doa daripada sahabat semua juga sentiasa diharapkan oleh diri ini.


sahabat-sahabat yang disayangi ( at13 pendidikan kimia )

Wassalam..Jazakallah qhaira qhasira



No comments:

Post a Comment