Wednesday 16 November 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN CIK MARDIAH

Bismillahhirrahmanirrahhim...

Selawat dan restu ke atas junjungan besar penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda..

Assalamualaikum w.b.t......

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan masa untuk update entry yang seterusnya...Apa khabar sahabat semua???Semoga sentiasa berada dalam barakah-Nya..
Baiklah...Petang ini Cik Mardiah  nak kongsi tentang falsafah pendidikan..Bukan Falsafah Pendidikan Negara tau..Tapi Falsafah Pendidikan diri sendiri...Ada yang berminat nak tahu??Sila baca yang bawah ini...



Sekarang ini Cik Mardiah belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kos Pendidikan Kimia dan ambil minor Matematik..InsyAllah, semoga dimurahkan rezeki untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti..Nanti bila dah jadi cikgu, boleh la mengajar subjek Kimia dan Matematik..Tapi, tidak semestinya tau..Mana tahu nanti tiba-tiba kena mengajar subjek selain daripada Kimia dan Matematik..haaaa...macam mana itu?? Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi perkara-perkata sebegini..Tuntut ilmu bukan sahaja dalam bidang Kimia dan Matematik tapi semua ilmu termasuk ilmu dunia dan akhirat ea Cik Mardiah...InsyaAllah, semoga dipermudahkan...

Apa yang paling penting, Cik Mardiah nak memahami setiap pelajar tidak kira la sama ada pelajar itu pandai ke, lemah ke, golongan berada ke, golongan bawahan ke..Sebab sebagai guru, kita tidak boleh membezakan pelajar-pelajar kita..Nak memahami dari segi apa??Dari segi kelebihannya,kelemahannya,latar belakangnya dan semua la perkara yang boleh dikongsi antata seorang guru dan pelajarnya..Nak jalinkan hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar supaya pelajar akan lebih seronok untuk menuntut ilmu dan tidak takut untuk berkongsi masalah mereka dengan kita sebagai pendidik...Tapi jangan terlalu manjakan pelajar sebab takut nanti ada yang melawan pula.


Selain itu, sebagai seorang pendidik, kita haruslah memahami dan mendalami sebenar-benarnya sesuatu ilmu yang ingin disampaikan..Cara penyampaian ketika proses pengajaran dan pembelajaran pun hendaklah sesuai dengan keperluan semasa...Gunakan alat bantu mengajar sekiranya perlu dan pastikan pelajar memahami ilmu yang disampaikan itu...Komunikasi dan interaksi juga memainkan peranan penting dalam konteks penyampaian ilmu..Maka, kena la pastikan proses komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar berjalan dengan lancar dan berkesan...

Sebagai seorang pendidik juga, kita hendaklah menjalinkan hubungan yang baik bukan sahaja dengan pelajar tetapi juga dengan guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat..Hal ini kerana guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi..Disamping itu, kita hendaklah profesional dalam menjalankan tugas sebagai guru..Jangan sesekali campur adukkan masalah peribadi dengan kerja..Takut nanti pelajar kita yang menjadi mangsa akibat daripada masalah atau perasaan marah yang mana tiada kaitan dengan kerja..Kena ingat ni tau Cik Mardiah..

Akhir sekali, Cik Mardiah harap satu hari nanti Cik Mardiah akan menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu dengan baik bahkan dapat mendidik jiwa ataupun dalaman pelajar supaya menjadi pelajar yang berakhlak mulia, berketerampilan, berilmu pengetahuan yang tinggi serta dapat memberi sumbangan kepada agama, negara, bangsa, keluarga dan masyarakat...InsyaAllah..


Terima kasih sudi baca 'entry' untuk kali ini...
Wassalam... 

No comments:

Post a Comment