Sunday 30 October 2011

CONTENGAN PERTAMAKU


Bismillahhirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda serta para sahabat..

Assalamualaikum w.b t...Alhamdulillah...syukur kepada Ilahi kerana masih diberikan waktu untuk diri yang kerdil ini bernafas di muka bumi-Nya yang sungguh luas ini..

Apa khabar semua???semoga semua dalam keadaan sihat dan di bawah peliharaan-Nya..mesti semua tertanya-tanya siapakah gerangan tuan punya blog ini??hehehehhee...nama diberi oleh abah dan mak tersayang ialah Aina Mardiah yang memberi erti mata yang diredhai...anak ke-4 dalam keluarga..sekarang ini belajar di Universiti Pendidikan Sultan idris dalam kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia..Jadi, mestilah akan jadi pendidik suatu hari nanti...insyaAllah,doakan ea sahabat semua..

Emmmmmmm...sem ni Cik Mardiah ambil satu subjek yang diberi nama "Information and Communication Technology in Chemistry"...Dalam subjek ini,kami dikehendaki mewujudkan satu blog di mana blog ini akan digunakan semasa di sekolah nanti sebagai bahan rujukan pelajar-pelajar...Selain itu, boleh la Cik Mardiah berkongsi serba sedikit ilmu dengan sahabat semua..Diharap sahabat semua dapat la memberi tunjuk ajar, teguran atau apa sahaja yang dirasakan perlu sebab, ini merupakan kali pertama Cik Mardiah membuat blog...Ok la,setakat ini sahaja contengan pertamaku...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment