Saturday, 7 January 2012

TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN

Bismillahhirrahmanirrahim....

Selawat serta salam buat junjungan besar penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda serta para sahabat...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, tergerak di hati untuk update blog ari ni...dah lame xde entry baru kan...maklumlah musim2 tgh exam ni agak busy ckit...Bile dah habis paper major n minor ni, barulah leh update...Padahal subjek u xabis lg...bersuka ria pulak Mardiah ni kan...hehehehe...
Baiklah, back o the title above...Marddah nak share tentang tanda-tanda akhir zaman..Ada banyak sgt tapi untuk entry kali ni mardiah letak 3 dulu ea...bolehla kita renungkan bersama...

1. Ramai Munafik & murtad..

Ya Alllah, takutnye bila bace tajuk ni kan...minta dijauhkan dari kita semua..Amin...
.Diriwayatkan daripada Ali r.a katamya: Aku pernah mendengar RAsulullah s.a..w bersabda : " Pada akhir zaman akan muncul satu kaum yang muda usia dan lemah akalnya.Mereka berkata-kata seolah mereka adalah manusia yang terbaik.Mereka membaca al-quran namun tidak melepasi keronkong mereka.Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka adalah pahala di sisi Allah pada hari kiamat." 


2.  Fitnah berleluasa

Diriwayatkan daripada Usamah r.s katanya : Nabi s.a.w telah naik ke salah satu bangunan tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda : "Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tem[pat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunya air hujan "

Cuba kita lihat dunia sekarang ini, apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w begitu tepat sekali..Tidak perlu kita lihat perkara tersebut jauh nun di sana, namun cukuplah di sekeliling kita...begitu banyak fitnah yang berlaku..Pelbagai tuduhan dilemparkan dengan sesuka hatinya tanpa bukti yang nyata..Adakah kita juga terlibat dalam aktiviti ini??tepuk dada tanya iman..Semoga kita terhindar daripadanya...amin..


3. Wanita berpakaian tetapi bertelanjang

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda : "Ada dua golongan yang termausk ahli neraka yang belum aku lihat perbuatan mereka itu iaitu kaum yang mempunyai cemeti (cambuk) seperti ekor lembu, lalu mereka memukulkannya kepada manusia..Kemudian wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang.Mereka bergaya mencari perhatian lelaki ajnabi.Kepala mereka itu mirip seperti ponok unta.Mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium baunya, sedangkan wangi syurga itu sudah terasa dari jarak sekian."
Ya Allah, betapa hinanya kaum hawa yang tidak menutup aurat sebaiknnya...Adakah azab neraka itu hanya mainan??Sesungguhnya azab neraka itu begitu pedih sekali dan nikmat syurga itu begitu indah sekali..Apakah kalian tidak melihat ini semua??Syurga atau neraka yang didambakan??Marilah sahabatku, tutuplah auratmu sebaiknya..Jagalah penampilanmu semoga ia tidak menaikkan nafsu kaum adam yang memandang..


Wallahualam bissawab..

Mardiah rasa itu sahaja untuk entry kali ini...Ada masa, insyaAllah, mardiah akan update tapi xjanji tau coz xlame lagi nak balik umah..bila balik umah ni, jarang sangat onlinenye...hehehehhe...

Wassalam  wa maassalamah...

* dipetik dari buku Kiamat Semain Hampir beserta pandangan dari diri yang hina ini..


2 comments: