Monday 30 July 2012

JAUH DAN SEMAKIN MENJAUH

Bismillahhirrahmanirrahim...

Jauh dan semakin jauh
Itulah diriku kini
Begitu kotor dan hina
Disiplin diri di tahap kritikal
Mungkin saja boleh mencapai tahap yang paling kritikal
Entah mengapa begitu susah untuk mendidik diri dan hati ini
Aku tidak menyalahkan sesiapa
Apatah lagi untuk menunding jari 
Kerana aku tahu itu semua atas kelalaianku, kealpaanku
Aku tidak mahu menjadi orang yang rugi
Aku tidak mahu menzalimi diriku ini
Namun itulah yang aku lakukan sekarang
Sedarlah wahai diri
Nikmat Allah padamu tidak terhitung banyaknya
Kasih sayang Allah menggunung tinggi
Allah itu sentiasa dekat denganmu
Lebih dekat dari urat di leher
Terima kasih ya Rabb 
Atas nikmatMu
Terima kasih ya Rabb
Kerana sentiasa menyentuh hatiku yang hitam ini
Walaupun aku sering kali terjatuh dalam proses mentarbiahkan diri
Terjatuh sehingga tersungkur
Namun Engkau menarikku untuk bangun semula
Bangun untuk memperbaiki diri
Berubahlah
Berubahlah walaupun payah
Allah tidak melihat hasilnya
Namun Allah melihat natijahnya
Aku ingin berubah ya RAbb
Berubah kepada yang lebih baik
Baik dalam erti kata Islam yang sebenar
Aku ingin meraih keredhaanMu
Aku ingin meraih kasih sayangMu
Aku ingin meraih cintaMu
Beri daku kekuatan ya Allah
Kerana diriku ini begitu lemah
Terima kasih ya RAbb untuk segalanya





p/s :

Kepada insan yang sentiasa bersamaku dan bakal menjadi pendamping hidupku..Bimbinglah aku..Ingatkan aku..Pimpin tanganku saat aku jatuh..Jangan pernah tinggalkan diriku sendirian..Tarik tanganku menuju syurgaNya..Syurga yang penuh nikmat itu..





No comments:

Post a Comment