Thursday 22 March 2012

CINTA - LOVE


Bismillahhirrahmanirrahim

Ya Allah
Aku menyayangi dan mencintai hamba-Mu yang seorang itu
Kerana itulah aku berasa takut untuk menjadi miliknya
Aku takut untuk memiliki sesuatu yang aku sayangi di antara apa yang ada di dunia ini akan menjadi hijab antara kita ya Allah
Antara kasihku kepada-Mu
Antara cintaku kepada-Mu
Aku benar-benar takut ya Allah
Aku takut untuk hidup bahagia dan gembira di sisinya lebih daripada kegembiraan dan kebahagiaan yang aku rasa bila bersamaMu
Berikanlah aku kekuatan dan hidayah untuk mengharungi semua ini
Apalah ertinya aku hidup untuk mengasihi makhlukMu melebihi daripada aku mencintaiMu
Peliharalah diriku daripada terjerumus ke dalam lembah itu
Lembah yang menjauhkan kita
Yang menjarakkan diriku dengan diriMu
Kerana bukan mudah untuk memupuk cinta kepadaMu
Bukan mudah untuk meletakkan cintaMu di hatiku yang hitam ini
Kerana aku hanyalah hambaMu yang hina
HambaMU yang sering kali alpa
Maka, sekali kekuatan ini hadir
Lindungilah hambaMu yang tidak berdaya ini
Kerana sesungguhnya aku ingin meraih keredhaanMu
 Kasih sayangMu serta cintaMu yang agung itu
Aku ingin berubah ya Allah
Berubah kepada yang lebih baik
Perkenankan ya Allah doa hambaMu yang lemah ini
Ya Allah yang maha mendengar
Ya Rabb yang maha mengetahui apa yang terbaik untukku
Hanya kepadamu aku bertawakal
Ya Allah
Amin


 



3 comments:

  1. assalamualaikum.. nice entry.keep ur good job!!^_^

    ReplyDelete
  2. ameen..

    insyaALLAH..tepat masa dan waktunya telah tiba,pasti ALLAH akan permudahkan. Semoga hidup sentiasa dilimpahi kasihNYA. :)

    ReplyDelete