Monday 8 October 2012

PESANAN UNTUK DIRIMU JUGA DIRIKU

Bismillahhirrahmanirrahim

Selawat serta salam ke atas junjungan besar penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi yg luas ini..

Oleh kerana hari ini kelas semuanya batal, jadi boleh la mardiah update blog yang bersawang ni..Tadi dah siap semuanya nak pergi kelas, tiba2 sahabat mardiah memberitahu kelas dibatalkan..Sepatutnya ada kuiz statistic hari ni..heheheeee...Nampak gayanya hari khamis la kuiznya..

Nak kongsi tentang apa ea hari ni..Emmmmmm...
Boleh mardiah tanya pembaca semua apa tujuan kita dilahirkan di muka bumi ini??
Mesti pelbagai jawapan yang keluar kan..

Firman Allah :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
(52:56)

Sudah terang lagikan bersuluh..Allah menciptakan kita untuk sujud menghadapNya..Menjalankan amanah yang diberi sebagai hamba dan khalifah di bumi ini..Mengajak manusia ke arah kebaikan dan memcegah kemungkaran..Amal maa'ruf nahi munkar..Namun begitu, mardiah begitu sedih dengan keadaan yang menimpa umat Islam sekarang ini..Mengikut kajian yang dijalankan, lebih dari 80% umat Islam di Malaysia tidak menunaikan solat..Hanya Islam pada nama bukan pada hati, kelakuan, percakapan, pemikiran..Hanyut dengan kehidupan dunia..Terbuai dengan mimpi2 indah yang sementara..

"Kehidupan dunia dijadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang kafir dan mereka yang menghina orang-orang yang beriman. Padahal orang2 yang bertakwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan."
(2:212)

Semua yang berlaku kini semuanya sudah tercatat di dalam kalam Allah..Dunia ini dijadikan indah untuk orang-orang yang berpaling daripada Allah..Sebagai contohnya, manusia kini dengan rasa bangga masuk ke dalam kelab malam, menogak air kencing syaitan, bersentuhan sana sini, menari bagai dirasuk, berzina dan sebagainya..Perkara-perkara ini seolah-olah sudah menjadi adat orang melayu yang mana dalam kad pengenalannya jelas tertera ISLAM..Jika kita sedih melihat mereka sebegitu, bagaimana pula dengan penghulu kita Rasulullah s.a.w???Lau kana bainana..Andai rasulullah bersama kita,apakah perasaan baginda tika ini???Sedangkan sebelum kewafatan baginda, baginda menangis rindu akan ikhwan-ikhwannya yang tidak hidup sezaman dengan baginda namun tetap beriman kepadaNya..Renung kembali sahabat-sahabat semua..Jangan lah kita tergolong dalam golongan yang sebegini kerana azab Allah itu begitu pedih..Nauzubillah..

Rasulullah telah meninggallkan dua perkara kepada umatnya supaya tidak sesat dalam kehidupan dunia ini..Al_QURAN dan SUNNAH..Namun, berapa ramaikah yang berpegang teguh dengan dua perkara ini??Berapa ramai umat Islam yang membaca serta mentadabbur Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya sebagai pedoman??Al-quran hanya dijadikan perhiasan..Indah tersusun dalam almari kaca yang tersegam indah..Sedikit pun tidak disentuh apatah lagi dibuka..Dan berapa ramai pula yang mengikuti sunnah Nabi??Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah al-Quran..Begitu indah sekali..

"Dan sungguh telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?"
(54:17,22,32,40)

Allah telah mengulang ayat ini sebanyak 4 kali dalam surah Al-Qamar..4 kali..Apakah yang ingin diberitahu oleh Allah apabila ayat yang sama diulang 4 kali dalam surah yang sama???Tidak dapatkah kita berfikir tentang ini???Buka mata, buka minda, buka hati dan renungkan dalam2 ayat ini...Moga dapat menyentuh hati sahabat semua..Mardiah percaya betapa keras pun hati kita, ia pasti menjadi lembut apabila kita membaca serta mentadabbur ayat-ayatnya..Sedangkan batu-batu di sungai yang sangat keras itu pun pasti ada air yang terpancar darinya..Sesuai dengan firman Allah :

"Kemudian setelah hatimu menjadi keras, sehingga hatimu seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang airnya memancar daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
(2 : 74)

Oleh itu sahabat semua, janganlah kita terpedaya dengan hasutan syaitan..Syaitan itu musuh yang nyata bagimu..Kehidupan dunia ini hanya sementara..Kita hidup di dunia ini bukan untuk bersuka ria tetapi untuk manjalankan amanah yang Allah berikan kepada kita sejak azali lagi..Bersiap sedialah untuk kehidupan yang kekal kelak..Jika terdetik di hati sahabat semua untuk berubah, jangan tunggu dan terus menunggu, cari kekuatan itu..Kekuatan itu tidak akan datang jika sahabat semua tidak mencarinya..Tinggalkan yang hitam dan kelabu itu di belakang..Kembalilah ke jalan yang benar..Allah sudah menunjukkan jalannya, tinggal kita sama ada untuk melangkah atau kembali jatuh ke dalam lembah kehinaan..Setiap orang punya zaman jahiliah yang tersendiri, begitu jua diriku..Jangan takut untuk berubah kerana Allah pasti menghadirkan orang-orang yang baik di sekeliling anda..Pesanan terakhir untuk sahabat yang ku sayang kerana Allah..Renungkan firman Allah ini:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu."




Entry ini bukan hanya untuk kalian tetapi juga buat diriku yang mudah lupa..Moga Allah redha dan memberikan kita hidayah serta petunjuknya kedalam diri kita..Diri ini masih dalam proses penghijrahan, sering kali terjatuh malah tersungkur, namun yakinlah dengan janji Allah..Syurga itu penuh dengan duri namun neraka itu penuh dengan kenikmatan..Biarlah kita terluka menempuh duri itu di pengakhiran, kenikmatan yang tidak ternilai kita peroleh daripada kita bersenang-senang waktu ini, namun azab yang pedih menunggu kita di sana..

Wallhualaum..
Jazakillah khairan khasira..


4 comments: