Tuesday 31 July 2012

PERNIKAHAN

Bismillahhirrahmanirrahim

Pernikahan
Satu ikatan yang suci
Ikatan yang menyatukan dua hati
Dua hati yang saling mencintai saling merindui
Bukan kerana sesiapa
Tetapi kerana Allah
Kerana Allah yang melahirkan rasa itu
Rasa cinta rasa kasih
Yang sentiasa bersemi 
Dalam hati sanubari

Saat akad dilafaz
Saat itulah ikrar dimeterai dengan janji
Janji untuk memikul amanah yang diberi
Oleh wali bidadari yang dicintai
Rasa gementar yang hadir kala itu
Bukan rasa gementar atas akad yang dilafaz
Namun rasa gementar akan tanggungjawab yang akan digalas
Bukan untuk sehari dua
Tetapi untuk selamanya

Ya Allah ya tuhanku
Satukanlah hati kami dalam mencintaiMu
Satukanlah hati kami dalam meraih keredhaanMu
Satukanlah hati kami untuk syurgaMu
Kerana apalah erti pernikahan itu
Jika hanya cinta manusia yang didamba
Jika hanya cinta manusia yang dipuja
Jika hanya nafsu yang menjadi raja

Jadikan pernikahan itu bersemi atas ikatan yang suci
Kerana pernikahan itu satu nikmat kurniaan Ilahi
Penikahan itu diertikan dengan kepercayaan
Pernikahan itu diertikan dengan kesetiaan
Pernikahan itu diertikan dengan kejujuran
Jangan dicemari ikatan ini dengan hawa nafsu
Namun serikan ia dengan kasih sayang
Serikan ia dengan kerinduan

Pasakkan niat di hati
Untuk satu ikatan pernikahan yang diredhai
Hanya untuk Allah
Hanya untuk Islam 
Hanya untuk umat Nabi Muhammad s.a.w
Moga dengan ikatan ini
Akan lahirlah ulama'
Akan lahirlah hafiz serta hafizah
Akan lahirlah daie
Untuk menegakkan kembali sinar Islam yang kian malap







P/s :
Kepada pemilik cintaku selepas Allah dan rasul..Terlalu banyak yang ku damba dalam ikatan ini..Maafkan aku kerana cinta ini hanya akan bersemi apabila Allah dan Rasul sentiasa di hati..Apabila hilang rasa cinta kepada Allah dan RAsulNya, maka akan lenyaplah rasa cintaku padamu..








6 comments:

  1. Assalammualaikum...mabruk..nikah dh? Alhamdulillah...yg haram dijauhkan,yg halal diterima setulusnya..Allahuakbar.. =)

    ReplyDelete
  2. wslm..eh belum lagi..sesaje wat entry tentang ni..huhuhuuu... :)

    ReplyDelete
  3. oh..ingtkn sudah..xpe..kdg2 kita boleh berbicara mngenai pernikahan,tetapi jgn smpai ia mrosakkan hati kita..kerana angan2 itu adalah sesuatu yg sia2..khuatir kita sering trlupa pd Pencipta...kerana itu hati itu perlu dijaga..seorg muslimah itu,perlu sering berbicara dan berkata2 mngenai Kekasihnya yakni Muhammad Bin Abdullah sblum mmperkatakan tntg nama2 llki yg bukan mahram yg lain d hatinya..wallahua'lam bissawab..=) fikirkn mngenai kematian yg pasti d dunia,bukan pernikahan yg kita tidak pasti adakah kita miliki ia d dunia atau Allah berikan d akhirat sana..ana pasti ukhti akan mndptkn yg trbaik..Insya-Allah.. =)

    ReplyDelete
  4. syukran ya ukhti..entry ini adalah luahan rasa tentang erti pernikahan dari sudut pandangan ana..kerna aty ini teringin mempunyai sebuah baitul muslim yang sakinah..Allah dan Rasul tetap di hati..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. sahabat.. prkongsian yg penuh bermakna.. smga apa yang di hajati akan tercapai.. yang pasti kasih Allah & rasul tetap kita raih..:)

    ReplyDelete
  6. saleha : time kasih awak..InsyaAllah..doa untuk awak jugak..wink2..

    ReplyDelete