Bismillahhirrahmanirrahim
Dipegang
jubbah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu. “Adakah ini kerana Allah?”
Tanyanya hampir berbisik.
“Ya, wahai
isteriku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa
menoleh, tanpa berpaling.
Mendengar
jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar
suaminya Nabi Ibrahim a.s berlalu pergi. Tegar dan redha. Kalau suamiku
bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga
kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.
Itulah sedikit
gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim a.s rela meningglkan isteri dan
anaknya, Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Sebuah
lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan, dan tumbuhan. Ya, itu semua
perintah Allah. Demi cinta Khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkan
cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah Nabi Ibrahim a.s.
Jangan
disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkan
juga derita suaminya, Nabi Ibrahim a.s yang meninggalkan isteri dan anaknya.
Kadang-kadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit menanggungnya
daripada orang yang ditinggalkan.
Namun, apabila
cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa. Bertemu
kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para
solihin dan muqarrabin. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya :
berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa bengkok.
(Diambil dari
buku Cinta Kerana Allah : cinta 18 – bukan cinta biasa )
Saat itu,
kakakku berbicara denganku:
“ Adik, boleh along jadi murabbi atau orang
tengah antara adik dengan *****”. Kata along.
“ Maksud along
macam novel cinta high class-fatimah syarha 2 ke:” aku membalas.
“Aah, if adik
nak mesej *****, forwardkan mesej 2 pada along dulu , then baru send pada *****,”
along berkata sambil memandangku.
“Baik, nanti
adik bincang ea”, kataku.
Setelah
berbincang, kedua2nya setuju untuk tidak lagi berhubung kecuali atas sebab2 penting
terutama untuk uruskan hal pernikahan. Namun, dalam waktu yang sama, hati ini terasa begitu perit. Sabar mardiah, niatkan
kerana Allah. Pasti semuanya akan dipermudah. Hati ini redha. Begitu susah
untuk aku menyusun kata bagi menenangkan hati ini. Hati ini berdoa kepada
Allah. Untuk hilangkan rasa itu, aku membuka buku Cinta Kerana Allah dan
menyambung pembacaaku..Nah, tersedia jawapan untuk aku. Cerita antara Nabi
Ibrahim a.s dan Siti Hajar seolah2 memberi aku kekuatan untuk terus mempertahan
keadaan ini semuanya kerana Allah. Aku terus berdoa supaya dilembutkan hati si
dia untuk redha akan hal ini. Alhamdulillah, betapa Allah itu dekat. Tidak
berapa lama selepas itu, telefon bimbitku berbunyi menandakan pesanan ringkas
yang baru kunjung redha. Dalam mesej itu, si dia juga redha akan hal ini. Ya
Allah, betapa bersyukurnya aku saat itu.
Dalam
kejauhan, diri ini sentiasa berdoa. Berdoa yang terbaik untuk kita. Perpisahan
ini bukan selamanya, tapi hanya sementara. Menunggu aku menjadi halal untuk kamu.
Sesungguhnya, jalan yang kita pilih ini lebih menenangkan hati dan sanubari
kerana kedua2 nya kini sedang berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi suami
serta isteri yang soleh dan solehah. Pencarian cinta Allah itu lebih terasa
berbekalkan semangat Cinta Kerana Allah. Ketahuilah cinta selepas nikah itu
lebih indah dan mengasyikkan.
Kadang2 terasa
diri begitu lemah, kerana syaitan sering kali berbisik untuk menyesatkan anak
adam. Rasa cinta dan rindu yang menjelma itu fitrah. Namun jika tidak dihalakan
pada jalan yang betul, ia akan menjadi fitnah. Berhati-hatilah duhai diri. Saat
diri terasa begitu lemah, sujudlah mengadu serta merintih kepada Allah yang
maha mendengar. Gantikan rasa rindu serta cinta itu kepada rasa rindu kepadaNya
serta rasulNya. Baca serta fahamilah ayat-ayatnya kerana terdapat banyak
jawapan bagi persoalan yang bermain di minda. Masih ku ingat pesananmu satu
masa dahulu, apabila rasa rindu bacalah surah al-munafiqun kerana itu surah kegemarannya.
Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menyentuh hati kami yang hitam lagi kotor
ini. Betapa kasihnya Engkau pada hambaMu ini. Kini, ketenangan itu datang
dengan izinMu. Tenang dalam redhaMu, insyaAllah. Engkau juga menghadirkan kami
sahabat-sahabat dan orang yang tidak disangka-sangka untuk sentiasa menemani
kami. Sesungguhnya, apabila sesuatu itu disandarkan hanya kepada Allah, pasti
bantuannya akan tiba tanpa disangka-sangka. Alhamdulillah. I love u Allah.
Aku coretkan
kisah ini bukanlah untuk berbangga atau mengaibkan sesiapa. Hanya perkongsiaan
bersama kerana aku hanya insan yang hina. Namun aku berusaha untuk menjadi yang
lebih baik. Semuanya dengan izinMu ya Rabb.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment