Monday 10 September 2012

dedicated to my beloved

Bismillahhirrahmanirrahim

Kepada pemilik cintaku selepas Allah dan rasul..
Nukilan ini khas untuk dirimu..


sudikah engkau menjadi isteriku??
ungkapan yang cukup bermakna untuk diriku
saat itu, lidah kelu untuk berkata-kata
hatiku bergoncang kuat saat engkau meluahkan
gembira dan takut bercampur baur
kerana terlalu banyak yang bermain di hati dan fikiranku
sudah dalamkah cintaku untuk Sang Pencipta
untuk aku layak mencintai dan dicintai oleh hambaNya
namun aku sedar dalam lena
perasaan itu bukan perasaan yang biasa-biasa
perasaan itu merupakan anugerah Allah untuk diriku juga dirimu
aku sujud menghadapnya memohon petunjuk
moga istikharah cinta ini turut membawa aku kepada cintaNya
kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku
terima kasih ya Allah atas anugerah ini
anugerah yang cukup istimewa untuk aku

usah engkau bertanya kapan datangnya cinta itu untuk dirimu
kerana aku juga tidak sedar akan wujudnya cinta itu
cinta kerana Allah dan rasulNya
namun cinta itu mekar hanya untukmu
mekar mewangi hanya dalam hatiku
tidak pernah ku ungkapkan perasaan itu untuk dirimu dengan sebenar-benarnya
kerana aku takut
cukup takut jika ia hanya mimpi indah yang sementara

dalam sujudku
aku berdoa jika benar dia untukku
baik untuk agamaku
baik untuk kehidupanku
baik untuk keluargaku
dekatkan hatinya dengan hatiku
satukan kami dalam ikatan yang halal
ikatan yang cukup tinggi nilainya dalam agama
ikatan yang menyatukan adam & hawa di syurga
dan semoga ikatan ini juga akan kekal hingga syurga

sudah bersediakah aku untuk menjadi zaujahmu
sudah bersediakah aku untuk memikul tanggungjawab itu
tanggungjawab yang cukup besar pahalanya apabila berpaksikan cinta Allah
namun cukup besar juga dosanya jika diabaikan begitu sahaja
ya Allah, bantu aku untuk menjadi hambaMu yang solehah
bantu aku untuk menjadi anak & isteri yang solehah
moga ia dapat menjadi saham untuk kami masuk ke syurgaMu
moga kami masih disatukan sebagai suami isteri di taman syurgaMu

kepada kamu bakal zaujku
pimpin aku untuk ke syurga Allah dengan penuh kasih sayang
hanya itu pintaku duhai pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul
maafkan aku andai diri ini tidak dapat menjadi zaujah yang sempurna untuk dirimu
namun aku akan berusaha demi baitul muslim yang bakal kita bina
moga baitul muslim itu merupakan baitul muslim yang sakinah
baitul muslim yang mawaddah (penuh dengan kasih sayang)
yang dapat melahirkan umat nabi Muhammad yang soleh dan solehah
yang dapat menjadi daie untuk menyebarkan agama Islam
insyaAllah, dengan izinmu ya Rabb
diri ini menyayangimu juga mencintaimu
walaupun ia tidak terungkap melalui kata-kata
walau begitu, aku yakin engkau mengetahuinya
terima kasih ya Allah atas cinta ini
CINTA KERANAMU YA ALLAH


bakal zauj a.k.a en.tunang cik mardiah


p/s : terima kasih juga buat ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan semangat dalam usaha pembinaan baitul muslim ini..mohon doa agar dipermudahlan segala urusan..insyaAllah





2 comments:

  1. salam.. ai ape cer junior nk kawin dlu ni.. senior pun xkawin2 lg? ble majlisnye? sape orgnye? Tahniahla pape hal pun saya doakan junior sy ni bahagia ea..

    ReplyDelete
  2. wslm..huhuu..jodoh sampai awal..nanti sy kasi kad jemputan ea...:)

    ReplyDelete