Sunday 16 September 2012

KU MERINDUIMU ABAH

Bismillahhirrahmanirrahim

Marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan besar penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda..Semoga kita semua memperoleh syafaat baginda di akhirat kelak..insyaAllah..

Tanggal 16 Ramadhan..Hari di mana insan yang paling mardiah sayangi menghembuskan nafasnya yang terakhir..Alfatihah untuk arwah abah..Semoga abah dalam kalangan hambanya yang bertakwa dan beramal soleh..Ya Allah, selamatkan abahku dari azab kuburmu, luaskan kuburnya, terangi kuburnya dan jadikankanlah kubur itu sebagai taman2 syurga baginya..Semoga abahku tenang dan bahagia di sana..Aminnn..Abah, adik rindu belaian abah, suara abah, ciuman abah, pelukan abah, senyuman abah..

Masih adik ingat waktu abah terbaring lesu di atas katil..Setiap hari adik, mak, along, angah, kakde dan abg2 ipar akan bergilir2 menjaga abah di hospital..Saat itu, hanya Allah yang mengetahui apa rasa hati ini..Melihat emak yang begitu setia menunggu abah di sisi tanpa mengambil kira kesihatannya..begitu besar pengorbanan seorang isteri terhadap suami yang dicintai..Tidak dapat adik rasakan kesakitan itu abah..Dicucuk, ditebuk..Allah..sakitnya..Namun abah tetap tersenyum memandang kami..Sering kali menyuruh kami makan walaupun abah tidak mampu untuk menelan sesuap nasi pun saat itu..Abah hanya minum air dan sesekali makan bubur walaupun ianya akan keluar semula..Setiap hari kami sekeluarga berulang alik ke hospital..Dan itu semua untuk abah yang dicintai..

Akhirnya, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk membawa abah pulang ke rumah along di bangi..Di situ tempat terakhir abah menghembuskan nafasnya yang terakhir..Waktu itu abah sudah pun kurang ingatannya akibat darah beku yang naik ke otak dari saluran jantung yang tersumbat..Sesekali abah memanggil adik, emak, along, angah dan kakde..Namun begitu jarang sekali kerana abah begitu lemah untuk ingat akan kami semua..Tapi, adik tau, walaupun abah memanggil abang pada semua orang, adik tahu bahawa abah ingin memanggil anak2 abah tetapi sukar untuk menyebutnya..Setiap malam adik dan mak tido di sisi abah sama ada di atas sofa atau tilam kerana katil abah di ruang tamu bagi memudahkan untuk kami menjaga abah..Abah seperti anak kecil yang sentiasa inginkan perhatian dan inginkan teman di sisi pada setiap masa..Maafkan adik kerana tidak dapat teman abah selalu..Kadang2 adik leka dengan keperluan abah..Maafkan adik..Adik sayang abah sangat2..

Pada 15 ramadhan, adik dan mak pulang ke kampung kerana sudah terlalu lama rumah dibiarkan kosong..Sebelum balik, adik cium dahi abah dan doakan yang terbaik untuk abah..Di kampung, adik dan mak membersihkan rumah dan menyusun semula barang2 yang ditinggalkan dalam keadaan yang tergesa2 semasa abah masuk ke hospital..Pada pagi 16 ramadhan, adik dan mak bertolak semula ke umah along..Emak sentiasa menelefon along untuk ketahui perkembangan abah..Dalam perjalanan, kakde menelefon emak dan memberitahu keadaan abah yang semakin nazak..Air mata terus mengalir saat mendengar perkhabaran itu..Adik yang sedang memandu menekan pedal minyak dan berdoa di dalam hati agar dipermudahkan urusan abah dan semoga adik sempat bertemu abah untuk kali terakhir..Sambil memandu, air mata mengalir..Adik juga nampak air mata emak yang mengalir di pipi..Alhmdulillah, Allah memberi kemudahan untuk sampai ke rumah along..Saat sampai ke rumah along, terdengar bacaan yassin oleh kakak2 dan abang iparku..Adik terus mendekati abah dan turut membaca surah yassin di sisi abah..Adik memegang kaki abah yang mula sejuk..Antara petanda apabila roh mula keluar dari jasad..Setiap ahli keluargaku membisikkan kalimah syahadah di telinga abah..Air mata tidak dapat ditahan saat itu..Mengalir terus di pipi namun sedikit esakan pun tidak kedengaran..Hanya air mata yang mengalir diiringi dengan doa dan bacaan kalimah2 Allah..Alhamdulillah, abah pergi dengan tenang dan cukup mudah sekali...Saat yang tidak akan adik lupa dalam hidup adik..Ada hikmahnya adik dan mak balik untuk mengemas rumah..Kerana abah ada memberitahu bahawa ingin jasadnya dikebumikan di kampung..Emak dan anak2 abah redha dengan pemergian abah kerana kami yakin Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk abah..Tidak sangup untuk melihat abah terlantar sakit..Itulah ujian..Sakit itu kafarah bagi penghapusan dosa..

Pada petang itu juga jenazah abah diuruskan..Setelah siap solat jenazah, azan berkumandang menandakan waktu magrib dan semua yang datang berziarah berbuka puasa dengan makanan yang dibeli oleh sahabat along..Selepas solat magrib, jenazah abah yang sudah siap dikafankan dibawa pulang ke kampung..Sesampainya di kampung, rumahku dipenuhi sahabat2 abah..begitu ramai sekali sehingga sesak jalan di hadapan rumahku..Sekali lagi jenazah abah disolatkan dan buat kali terakhir, kami semua menatap wajah abah..Terasa kesejukan di wajahku saat mencium abah..Selepas itu, jenazah abah dibawa ke tanah perkuburan untuk disimpan..Pada waktu itu, ramai yang mengiringi namun mardiah dan kakak2 tidak ikut sekali kerana jenazah abah dikebumikan pada pukul 12 malam..Keesokan harinya barulah kami keluarga menziarahi kubur abah dan berdoa untuk kesejahteraan abah..

Terima kasih atas sokongan sahabat2 semua..yang sentiasa memberi semangat..yang datang menziarahi abah sewaktu abah sakit di hospital..Mohon doa daripada kalian semua untuk abah..
Adik sangat merindui abah..InsyaAllah, adik akan berusaha untuk jadi anak yang solehah yang mana akan menjadi saham untuk kita sekeluarga masuk ke syurgaNya..InsyaAllah..Semoga abah bahagia di sana dan semoga usaha dakwah abah akan disambung oleh anak2 dan menantu abah..Moga Allah redha, insyaAllah..


Abah sewaktu muda2 dulu


Abah yang sangat adik sayang & rindu 


Abah yang kurang sihat namun masih mampu tersenyum..Muka abah sembap akibat sakit..


Abah sewaktu di hospital..

Adik sayang abah..Adik rindu abah..Sering kali abah hadir dalam mimpi adik..Adik gembira sangat dapat jumpa abah walaupun dalam mimpi..Adik yakin abah tenang dan bahagia di sana..insyaAllah..


Wassalam..Maassalamah..


2 comments:

  1. sahabat.. semestinya arwah sgt baik org nye, indah akhlak nya.. & janji ALLAH kemudahan pasti untuknya disana.. kiriman doa mendampinginya disana...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...terima kasih sahabat..terlalu banyak memberi sokongan..sayang leha sgt2...uhibbukifillah till jannah..

    ReplyDelete